[VIDEO] Datang tak kosong, Infantino perkenal kejohanan baharu, lebih baik dari Piala AFF


  • Podium
  • Ahad, 26 Okt 2025

Presiden FIFA Gianni Infantino umum penganjuran kejohanan melibatkan 11 negara Asean yang akan diadakan dalam kalendar rasmi FIFA.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan penganjuran Piala Asean FIFA, sebuah kejohanan baharu yang bakal menghimpunkan semua 11 negara anggota Asean di bawah satu pentas bola sepak serantau terbesar diiktiraf FIFA.

Perkembangan itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainai Azam menerusi hantaran di laman X pada Ahad.

Menurutnya, pengumuman rasmi dibuat oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino sempena kunjungan beliau ke Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Grace jadi rakyat Malaysia terpantas, harumkan nama negara di cabaran Spartathlon

BACA LAGI: DPMM belum setahap JDT, tiba masanya Munoz berikan 3 bintang tersisih minit permainan

“FIFA Asean Cup, Presiden FIFA Gianni Infantino umum penganjuran kejohanan melibatkan 11 negara Asean yang akan diadakan dalam kalendar rasmi FIFA,” katanya.

Kejohanan yang bakal dimasukkan ke dalam kalendar rasmi FIFA itu dilihat sebagai langkah besar ke hadapan buat bola sepak Asia Tenggara. 

Ia bukan sahaja memberi pengiktirafan antarabangsa kepada saingan rantau ini, malah dijangka menawarkan mata ranking rasmi FIFA, sesuatu yang tidak diberikan dalam kejohanan Piala AFF sebelum ini.

Malah, sekiranya pertandingan tersebut dibuat dalam kalendar FIFA, setiap kelab akan lebih tertarik untuk melepaskan pemain untuk mewakili negara masing-masing.

Hal sedemikian tidak dapat disaksikan ketika penganjuran Piala AFF lalu kerana pasukan enggan mengambil risiko atas kecederaan pemain ketika tugas antarabangsa.

Penganjuran Piala Asean FIFA itu turut menimbulkan spekulasi bahawa ia berpotensi menggantikan Piala AFF yang selama ini menjadi medan utama pasukan Asia Tenggara berentap.

Kehadiran Infantino ke Malaysia bagi mengumumkan inisiatif bersejarah ini sekali gus disifatkan sebagai berita gembira dan detik penting buat pembangunan bola sepak Asean. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram