'Give everything you got. Bring it', TMJ sedia jawab semua soalan di sidang media


  • Podium
  • Sabtu, 25 Okt 2025

Tunku Ismail bersedia untuk menjawab semua persoalan berhubung isu pemain warisan baru-baru ini.

PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dijadual mengadakan sidang media tergempar pada pukul 3 petang ini bagi menjelaskan isu semasa dalam dunia bola sepak tempatan.

Walaupun tidak memberi info terperinci, ramai meneka sidang media tersebut diadakan bagi berkaitan isu hukuman oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Press conference. Give everything you got it. Bring it. (Sidang media. Berikan semua anda ada. Bawalah," katanya beliau dalam satu hantaran di Instagram Story. 

BACA LAGI: Presiden FIFA datang Malaysia, ekor HM harap ada 'manis-manis' berkaitan skandal pemain warisan

BACA LAGI: Saya yang syor 7 pemain warisan ke FAM — Tengku Muda Pahang

Untuk info, sebelum ini FIFA memberu hukuman kepada tujuh pemain warisan negara dibenarkan kembali menyarung jersi Harimau Malaya atau terus digantung selama 12 bulan daripada mewakili skuad kebangsaan.

Tujuh pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Kesemua pemain warisan tersebut sebelum ini didaftarkan sebagai pemain warisan dan pernah disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya bagi kempen kelayakan antarabangsa.

FAM bagaimanapun pada sidang media sebelum ini memberitahu sudah mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA dengan keputusan berkenaan dijangka diumumkan pada 30 Oktober ini. 

Tangkap layar Insta Story TMJ.

Jika FIFA menolak rayuan tersebut, FAM dijangka terpaksa meneruskan perjuangan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menjadikan proses yang jauh lebih kompleks dan panjang.

Difahamkan, perbicaraan di CAS boleh mengambil masa antara dua hingga tiga bulan sebelum keputusan muktamad diumumkan.

Peguam antarabangsa yang dilantik FAM, Serge Vittoz tampil menjelaskan kedudukan sebenar rayuan berkenaan menegaskan bahawa rayuan yang difailkan bukan bertujuan untuk menafikan kewujudan isu dokumen pemain warisan, sebaliknya menuntut agar prinsip keadilan, prosedur dan bukti dikaji semula oleh FIFA dengan lebih teliti.

Menurutnya, FAM hanya mahu memastikan setiap pemain dinilai secara sahih berdasarkan bukti kukuh dan undang-undang sedia ada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram