
PENYOKONG bola sepak tanah air mula mengharapkan sesuatu yang istimewa sempena lawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN pada 25 Oktober ini.
Infantino dilaporkan mengadakan lawatan rasmi berkenaan bertujuan untuk menandatangani perjanjian pembangunan bola sepak ASEAN bagi memperkukuhkan ekosistem bola sepak di rantau ini.
BACA LAGI: Skandal pemain warisan, Setiausaha Agung FAM digantung serta-merta susulan siasatan FIFA
BACA LAGI: 'Lahir di Kedah, saya boleh main untuk Penang', Milos Gordic 'bakar line' skandal warisan FAM
"Gianni Infantino ke Malaysia difahamkan Presiden FIFA akan melawat Malaysia pada 25 Oktober sempena Sidang Kemuncak ASEAN," memetik ciapan pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam.
Infantino turut dilaporkan akan melawat Pusat Latihan Nasional (NTC) di Putrajaya, yang bakal menjadi nadi utama pembangunan skuad kebangsaan di bawah pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam pada itu, penyokong Harimau Malaya dilihat meletakkan harapan tinggi terhadap kehadiran Infantino, bukan sekadar untuk memperkukuh hubungan FIFA dengan rantau ASEAN, tetapi juga agar kunjungan beliau dapat membawa sinar baharu kepada bola sepak Malaysia.
Gianni Infantino ke Malaysia, difahamkan Presiden FIFA akan melawat Malaysia pada 25 Oktober sempena Sidang Kemuncak ASEAN. @ASTROARENA pic.twitter.com/tM4MFxD2Xf
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 21, 2025
Ramai berharap agar isu skandal warisan dalam skuad kebangsaan, yang sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan penyokong sukan tempatan, dapat diberi perhatian sewajarnya di bawah pantauan badan bola sepak dunia itu.
"Aik. Dah kenapa dia pun nak menyibuk. Harap-harap ada manis-manis lah," kata penyokong Harimau Malaya, Red One.
"Harap ada jalan penyelesaian untuk isu skandal pemain warisan Harimau Malaya," ujar pengikut bola sepak tanah air, Jim Mendonia.
Untuk info, antara tujuh pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Kesemua pemain warisan tersebut sebelum ini didaftarkan sebagai pemain warisan dan pernah disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya bagi kempen kelayakan antarabangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram