
KETIKA dunia bola sepak tanah air 'bergolak' disebabkan kemelut status warganegara tujuh pemain warisan, masih ada pemain bola sepak lokal menyerlah di saingan luar negara.
Pemain dari Malaysia yang baru-baru ini mencuri tumpuan adalah Wan Muhammad Iqmal Wan Nizar apabila dia berhasil membantu pasukannya, TVO/DJK Schweinfurt mencatat kemenangan besar.
Menerusi perkembangan yang dikongsikan laman X, Harimau Abroad, Wan Muhammad Iqmal dan kelabnya mencatat kemenangan besar 8-0 ke atas Sömmersdorf/Obbach/Geldersheim dalam saingan liga divisyen ketujuh bola sepak Jerman, pada Rabu.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Tolong buat sesuatu YB’, Baddrol Bakhtiar jadi harapan selamatkan bola sepak Kedah
BACA LAGI: Tanpa TMJ, bola sepak Malaysia sudah lama berakhir — Peter Cklamovski
Menurut hantaran Harimau Abroad itu, Wan Muhammad Iqmal bukan sahaja menjaringkan satu go, malah turut mencatat tiga bantuan jaringan dalam perlawanan tersebut, sekali gus menjadi antara pemain paling menonjol dalam aksi itu.
Untuk rekod, TVO/DJK Schweinfurt merupakan kelab yang berpangkalan di daerah Schweinfurt, wilayah Unterfranken dan kini bersaing dalam liga KK-Kumpulan 1 SW, sebuah liga amatur dalam sistem bola sepak peringkat daerah di Jerman.
Untuk info, pemain berusia 27 tahun berkenaan sudah menetap di Jerman hampir enam tahun dengan pada asalnya Wan Muhammad Iqmal berangkat ke negara itu untuk melanjutkan pelajaran.
Wan Iqmal Wan Nizar had a goal (and three assists) in TVO/DJK Schweinfurt's 8-0 win over Sömmersdorf/Obbach/Geldersheim on Wednesday. pic.twitter.com/J0RgpTWhRV
— Harimau Abroad(@HarimauAbroad) October 15, 2025
Menurutnya, perjalanan bola sepaknya bermula selepas mengikuti kursus bahasa di Mannheim pada 2018, sebelum akhirnya menyertai kelab semasa yang diwakilinya kini.
Wan Muhammad Iqmal juga sebenarnya berpengalaman bermain dalam suasana bola sepak tempatan apabila sebelum ini pemain berkenaan pernah menyarung jersi PKNS bawah 19 tahun.
Melihat kepada perkembangan positif itu, ada juga penyokong tanah air yang berharap untuk menyaksikan Wan Muhammad Iqmal bermain semula dengan kelab Liga Malaysia pada suatu hari nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram