SIRI Kejohanan AFFIN Cards Golf Challenge 2025 akhirnya melabuhkan tirai selepas pusingan Grand Final berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Selangor pada Ahad, sekali gus melengkapkan sambutan ulang tahun Jubli Emas Kumpulan AFFIN bertemakan 50 Tahun Bersama Anda.
Disertai seramai 200 pemain termasuk 100 peserta kejohanan yang layak ke pusingan akhir, acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pemain jemputan, klien, pemegang taruh utama Kumpulan AFFIN dan rakan-rakan media.
Sebagai menghargai kepada ahli-ahli kad AFFIN, kedua-dua lapangan Glenmarie ditutup bagi memberi laluan secara eksklusif kepada semua pemain menikmati pengalaman bersaing di salah satu lapangan golf terbaik Malaysia.
BACA LAGI: Kelibat Safee Sali dirindui, Piala Mazda 2023 lebih meriah
BACA LAGI: Trofi Mazda 2024 milik Nurfarahin Husin
Kejohanan AFFIN Cards 2025 sebelum ini berlangsung sebanyak lima pusingan di Sabah, Sarawak, Johor dan Lembah Klang sebelum pusingan akhir diadakan di Glenmarie.
Acara itu sudah dimulakan pada 2019 sebagai usaha menghargai kesetiaan pemegang kad AFFIN dan menarik minat pengguna baharu menerusi sukan golf.
Malah, siri kejohanan ini adalah eksklusif bagi mereka yang menggunakan kad AFFIN.

Para pemenang mengabadikan kenangan selepas AFFIN Cards Golf Challenge 2025 melabuhkan tirai.
Menariknya, selepas kempen AFFIN Cards Golf Challenge pada Mei tahun ini, lebih 40 peratus peserta merupakan pengguna baharu kad AFFIN, sekali gus menandakan keberkesanan kempen mempromosikan jenama AFFIN.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, kejohanan yang bermula secara kecil-kecilan itu kini berkembang menjadi salah satu acara penting dalam mempamerkan komitmen AFFIN dalam membina hubungan yang berpanjangan bersama pelanggan.
"Kejohanan AFFIN Cards Golf Challenge bukan sekadar pertandingan tetapi simbol semangat hubungan, kepercayaan dan kesetiaan yang menterjemahkan hubungan AFFIN dengan ahli kad.

Datuk Wan Razly Abdullah
"Dengan meraikan sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan AFFIN, pusingan akhir ini juga melambangkan perjalanan AFFIN yang semakin berkembang dan membuktikan bahawa kumpulan ini sentiasa membalas kesetiaan pelanggan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah.
Kejohanan kali ini menyaksikan sokongan tidak berbelah bahagi daripada penaja utama termasuk Batik Air, Bermaz Auto, Plaza Premium Group, Holiday Villa, Royale Chulan, Srixon, Adidas, Sunway Medical Centre Damansara, Callaway, Golf Malaysia, Tiarasa Escapes, Dream Forest, Iroas, F&N, Skechers, La Casa Leal, dan Corporate Information Travel.
Bagi peminat golf, Kad Premier AFFIN kini menawarkan pelbagai manfaat termasuk bayaran green percuma di lapangan golf terpilih di seluruh Malaysia dan negara Asia Tenggara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
