Kelibat Safee Sali dirindui, Piala Mazda 2023 lebih meriah


  • Podium
  • Rabu, 26 Jul 2023

Seramai 242 pemain menyertai kejohanan golf Piala Mazda 2023 di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, hujung minggu lalu.

SERAMAI 242 pemain menyertai kejohanan golf Piala Mazda 2023 yang diadakan di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, baru-baru ini.

Juara keseluruhan nett menjadi milik Hamirrul Hamzah manakala medal A dimenangi Abdul Halim Abd Aziz; medal B (Chan Kim Mun dan medal D (wanita) dirangkul Datin Vilaiwan Phakdee Aip Pan Soon @ Prasut.

Bagi kategori jemputan, juara keseluruhan dimenangi Nahairizaki Mohd Zin manakala medal A menjadi milik Chang Chee Seng; medal B (Mejar Karim Mohamad); medal C (Lucas Tan Xin Long) dan medal D (wanita) milik Lee Wan Gen.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, Tan Sri Yeoh Choon San. Bermaz Motor adalah penganjur kejohanan selain mendapat tajaan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Glenmarie Golf & Country Club.

Pelbagai hadiah disediakan penganjur pada kejohanan kali ini termasuk cabutan bertuah berupa jam tangan premium, barangan eksklusif Mazda dan baucar rebat bernilai sehingga RM10,000.

Dalam pada itu, Choon San dalam ucapannya berkata, susulan sambutan menggalakkan yang diterima, pihaknya akan menganjurkan kejohanan itu setiap tahun dengan penambahbaikan bagi menjadikannya lebih besar dan menarik.

Mazda Safee

Safee Sali memenangi Mazda CX5 selepas melakar hole-in-one pada edisi 2022.

"Kami menjemput semua peminat golf sama ada ahli Glenmarie Golf & Country Club atau tetamu untuk mengambil bahagian dalam Piala Mazda pada masa akan datang.

"Acara ini menyediakan platform untuk menjalin persahabatan baharu selain mempamerkan bakat dan memupuk semangat persaingan dalam kalangan peserta," katanya dalam satu kenyataan.

Kejohanan itu kembali diadakan pada tahun lepas selepas tujuh tahun 'berehat' dengan menyaksikan 132 pemain menyertai acara tersebut pada 2022.

Menariknya, pada edisi tahun lepas, legenda Harimau Malaya, Mohd Safee Sali mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan ace di Hole-15 (Valley Course) dari jarak 155 meter dengan kayu golf 6-besi Miura dan bola golf keluaran TaylorMade TP5x.

Kejayaan itu juga membolehkan Safee membawa pulang hadiah berupa set besi tempa Mizuno JPX921, ihsan MST Golf Sdn Bhd dengan kredit berminai RM2000 bagi F&B oleh Glenmarie Golf & Country Club, di samping hadiah lain atas pencapaiannya memenangi Kategori BMedal dalam kejohanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram