Trofi Mazda 2024 milik Nurfarahin Husin


  • Podium
  • Isnin, 24 Jun 2024

Nurfarahin Husin menerima piala kemenangan Trofi Mazda 2024.

SERAMAI 256 peserta memeriahkan kejohanan golf Trofi Mazda 2024 anjuran Bermaz Motor Trading Sdn Bhd yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club pada Ahad.

Kejohanan itu menyaksikan pecahan dua kategori iaitu untuk ahli kelab dan jemputan.

Nurfarahin Husin (handicap 26) menjuarai Kategori Ahli Kelab dengan skor 64 (nett) manakala Kamarulzaman Mansor (handicap 21) merangkul trofi Kategori Jemputan dengan skor 63 (nett).

BACA LAGI: Isu surat layang: FAM sahkan siasatan SPRM tak dilanjutkan, akan tubuhkan jawatankuasa dalaman

BACA LAGI: Perak dipetik lawan Harimau Malaya, JDT dan TFC patut jadi 'sparring partner'

Kedua-dua mereka membawa pulang trofi dan hadiah iringan berupa baucar bernilai RM1,000.

Diadakan di dua lapangan Kelab Golf Glenmarie, pelbagai hadiah sampingan menarik ditawarkan kepada peserta termasuk cabutan bertuah berupa jam berjenama, televisyen dan baucar rebat sehingga RM5,000.

Group Photo - Mazda Trophy 2024

Sebahagian 256 pemain yanng menyertai kejohanan Trofi Mazda 2024.

Menurut Pengarah Eksekutif Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, pihaknya teruja dengan sambutan yang diterima pada kejohanan kali ini.

"Kami amat gembira dengan sambutan luar biasa terhadap Trofi Mazda 2024 yang menyaksikan banyak penyertaan diterima.

"Saya amat berterima kasih kepada semua pemain yang menyatakan sokongan terhadap kejohanan ini dan mengalu-alukan anda semua untuk menyertai lagi pertandingan ini pada tahun depan Glenmarie Golf & Country Club," katanya.

Selain itu, beliau turut memuji pengurusan terbaik kejohanan tersebut serta tahap kesediaan lapangan golf mencabar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram