
PENGENDALI skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menegaskan bahawa kenyataannya yang tular baru-baru ini telah disalah tafsir. Beliau sama sekali tidak berniat untuk menghina atau menunjukkan rasa tidak hormat terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Memetik video yang dikongsikan pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam pada laman X, Cklamovski memaklumkan bahawa kenyataannya sebelum ini disalahertikan oleh orang ramai.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Tolong buat sesuatu YB’, Baddrol Bakhtiar jadi harapan selamatkan bola sepak Kedah
BACA LAGI: Tanpa TMJ, bola sepak Malaysia sudah lama berakhir — Peter Cklamovski
"Saya tidak bermaksud untuk tidak menghormati FAM langsung. Kenyataan saya bukan tidak menghormati FAM.
"Jika orang ramai berasakan saya tidak menghormati, saya memohon maaf. Tetapi itu bukan niat saya dan tidak menjelaskan sesuatu yang baru," katanya memetik klip dikongsikan itu.
Pengendali dari Australia berkenaan bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan itu hanya mahu menjelaskan tentang pengaruh besar Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam bola sepak Malaysia.
Cklamovski yang dilantik pada Disember lepas itu hanya mahu menyampaikan penghargaannya terhadap Tunku Ismail (TMJ) berikutan jasanya terhadap bola sepak Malaysia.
“My statement was not disrespecting, if people feel I've disrespected I apologise but it wasn't my intention and I definitely didn't say anything new”, Peter Cklamovski.@ASTROARENA pic.twitter.com/L7QgA0nFvI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 13, 2025
"Apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya adalah pengaruh besar TMJ terhadap bola sepak Malaysia.
"Jika anda lihat pada bukti yang ada, lihat kemudahan yang beliau sediakan, tahap profesionalisme, struktur organisasi yang wujud di luar padang.
"Ia juga termasuk sokongan, hotel tempat kami menginap, padang latihan, semua perkara seperti ini pada tahap profesionalisme.
"Tanpa TMJ, di manakah bola sepak Malaysia sekarang? Itulah mesej saya, tiada kena mengena dengan tidak menghormati FAM," kata Cklamovski.
Sebelum ini, Cklamovski pada sidang media selepas perlawanan itu menyebut berkenaan kesilapan pentadbiran FAM ketika mengemukakan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram