
SKANDAL tujuh pemain warisan Harimau Malaya jelas mencalar nama baik bola sepak tanah air dengan sehingga kini status kesemua tonggak itu masih samar-samar bersama skuad kebangsaan.
Tujuh pemain yang terlibat ialah Gabriel Palermo, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel serta bintang Depertivo Alaves iaitu Facundo Garces.
Masalah itu bukan hanya menjejaskan peluang mereka untuk menyarung jersi Malaysia, malah ia juga seolah-olah menutup 'periuk nasi' tujuh pemain itu berikutan dikenakan sekatan bermain selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
BACA LAGI: Makin panas! Sijil lahir datuk Hevel terbongkar, skandal FAM tersebar hingga ke Eropah
BACA LAGI: Skandal bintang warisan: Kes lebih memihak FIFA, FAM perlu segera kemuka maklumat tepat — Pemerhati
Selepas hampir tiga minggu kes berkenaan dibualkan, Imanol Machuca dan Gabriel Palmero seolah-olah memberi bayangan mereka bakal kembali turun beraksi tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram masing-masing, kedua-dua pemain itu berkongsi foto dan kata-kata motivasi yang memberi harapan baharu buat penyokong Harimau Malaya, susulan penggantungan yang dikenakan oleh FIFA sebelum ini.
Sementara itu, Garces pula seolah-olah sudah dibuang daripada kelabnya sendiri apabila namanya tidak lagi berada dalam senarai pemain Alaves, berdasarkan pemeriksaan laman sesawang kelab berkenaan.
Sebahagian pemain pertahanan Alaves.
Berdasarkan laman sesawang Depertivo Alaves, pasukan pada tangga ke-10 liga itu hanya menyenaraikan Yusuf Enriquez, Jon Pacheco, Nikola Maras, Nahuel Tenaglia, Jonny Otto, Moussa Diarra dan Victor Berhenti.
Keadaan itu menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang tertanya-tanya mengenai nasib sebenar pemain pertahanan berusia 26 tahun itu.
Ada yang berpendapat Garces mungkin digugurkan buat sementara waktu susulan siasatan FIFA yang masih berjalan, manakala sebahagian lagi beranggapan kelab berkenaan mahu mengelak sebarang implikasi undang-undang sekiranya pemain itu terus diturunkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram