[VIDEO] Awas Arribas-Jonathan Silva, Syahmi Safari tunggu masa perkuat semula JDT


  • Podium
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Syahmi sebelum ini menyertai JDT pada 2022 meskipun masih memiliki kontrak bersama Selangor FC. — Johor Southern Tigers

KECEDERAAN serius dialami bek kanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari ketika diturunkan dalam aksi Liga Super 2024/25 menentang Penang FC menghalangnya daripada diturunkan musim ini.

Ini kerana pemain tersebut terpaksa menjalani pembedahan di Sepanyol selepas pihak perubatan mendapati pertahanan berusia 27 tahun itu mempunyai masalah di anterior krusiat ligamen (ACL).

Proses penyembuhan bek berkenaan kelihatan berjalan lancar apabila dia kelihatan sudah kembali ke pusat latihan JDT untuk menjalani sesi latihan ringan.

BACA LAGI: Senasib Syamer atau sebaliknya, Syahmi Safari perlu kembali dengan 'conditioning' asalnya

BACA LAGI: Khabar duka dari Valencia, Syahmi Safari beri bayangan tamatkan musim lebih awal

Syahmi mengalami kecederaan pada pertengahan musim 2024/25.

Dalam perkembangan dikongsikan pada Mei lalu, Syahmi berkongsi sekeping foto memaparkannya melaporkan diri di gimnasium milik kelab itu yang sekali gus memberi gambaran mengenai keadaan semasanya.

Tidak terhenti di situ, pertahanan sayap itu sekali lagi mencetus keterujaan dalam kalangan peminat Harimau Selatan apabila didapati sedang menjalani rutin untuk mempercepatkan proses penyembuhan dari kecederaan ACL.

Dalam sebuah video pendek di laman TikTok peribadinya, Syahmi sedang menggunakan mesin khas untuk memperkuatkan lutut yang pasti terkesan akibat kecederaan dan pembedahan itu.

Kepulangan pemain itu sudah tentu memberi lebih banyak pilihan buat ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz yang memerlukan kepelbagaian dalam pasukan bagi menghadapi musim panjang.

Posisi bek sayap ketika ini diisi Jonathan Silva di belah kiri sementara pertahanan kanan kerap menjadi milik Oscar Arribas dalam posisi 3-4-3 diterapkan pengendali dari Sepanyol itu.

Bagaimanapun, sekiranya Munoz mahu memberi minit permainan buat Syahmi, dia sudah tentu bersedia memberikannya peluang sebagai bek kiri mahupun kanan dalam usaha mengembalikan kecergasannya segera.

Jika segala usaha berjalan lancar, tidak mustahil bekas pemain negara itu dapat mencuri tempat dalam kesebelasan utama meskipun usaha itu sukar untuk direalisasikan.

Untuk rekod, Syahmi menyertai JDT dari Selangor FC pada 2022 dengan 45 penampilan sudah direkodkannya sepanjang tiga musim di Selatan tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram