
KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) di atas padang diceritakan dengan jumlah trofi terkumpul sejak kelab tersebut terbentuk pada 2013, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
11 takhta Liga Super berturut-turut, kejuaraan Piala AFC 2015 serta pelbagai lagi kejuaraan dijulang sudah cukup untuk membuktikan cengkaman pasukan Selatan tanah air itu.
Bagaimanapun, cita-cita JDT tidak terhenti di situ kerana mereka mahu terus menjadi jenama besar di Asia meskipun sasaran itu sangat sukar untuk dicapai.
BACA LAGI: Kos RM28 juta terlalu tinggi, kelab-kelab Liga Super setuju mansuhkan Piala MFL
BACA LAGI: Bukan saja Liga Super, isu gaji landa kelab lama Hidalgo, Forestieri di England
Skuad Harimau Selatan sudah mendominasi arena bola sepak tanah air untuk bertahun-tahun lamanya.
Ini kerana landskap bola sepak di benua ini lebih berfokus kepada gergasi sekitar Asia Barat dan Timur Tengah yang sudah bertahun-tahun mendominasi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Jadi, dalam usaha meletakkan diri dalam perlumbaan itu, pihak pengurusan JDT bersedia membuat pelaburan besar-besaran demi memastikan kelab berada di landasan terbaik.
Berdasarkan laporan terbaru The Malaysianist, kos operasi pasukan terbabit mencecah ratusan juta ringgit sepanjang 2024 yang kemudian dikongsikan di laman X Ekonomi Rakyat.
"Kelab bola sepak JDT menjana pendapatan sebanyak RM177.8 juta pada 2024 dengan keuntungan sebanyak RM10 juta. Artikel tersebut juga mendedahkan kos perbelanjaan JDT tahun lalu sekitar RM133 juta yang meningkat dari RM100 juta pada 2023," tulisnya.
Skuad Harimau Selatan terus bercita-cita besar di pentas Asia. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Angka dikeluarkan itu tidaklah begitu mengejutkan kerana dalam artikel diterbitkan pada 2024 menceritakan kelab berkenaan membelanjakan RM120 juta setahun.
Pelaburan dibuat tersebut sememangnya berbaloi memandangkan JDT terus mendominasi di peringkat domestik apabila menjadi pasukan pertama negara menjulang tiga trofi semusim untuk tiga tahun berturut-turut.
Malah, sekiranya dibuat perbandingan dengan pencabar terdekat iaitu Selangor FC, kelab di bawah kelolaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu membuat perbelanjaan jauh lebih besar pada 2022.
Bagaimanapun, pihak pengurusan sudah tentu mempunyai visi dan misi lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang apabila mereka mahu menjadi kelab terbaik di pentas Asia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram