
MENTERI Pemuda dan Olahraga (Menpora, Erick Thohir menafikan tuduhan yang mengatakan Indonesia terlibat dalam hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Bola Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
Erick yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, pertemuan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino di New York hanya menumpukan kepada masa depan bola sepak Indonesia termasuk rancangan menubuhkan Akademi FIFA.
"Presiden bercakap tentang bola sepak Indonesia, bukan mengenai negara lain," tegas Erick.
BACA LAGI: Tiga pemain JDT dilarang beraksi sepanjang tempoh penggantungan FIFA — MFL
BACA LAGI: [VIDEO] Abang Jojo tumbangkan lawan menerusi TKO, tunjuk skil lengkap 'elbow war'
Tujuh pemain warisan Harimau Malaya digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan. — Facebook
Menurutnya, FIFA dalam perancangan mengadakan program pembangunan akar umbi dengan kejuaraan dunia lapan sebelah bawah 15 tahun.
Erick turut menekankan bahawa Indonesia tidak pernah campur tangan dalam urusan negara lain.
"Kami mahu bola sepak Indonesia maju, badminton bagus, pencak silat mendunia. Tapi kami tidak ikut campur isu negara lain," katanya
Terdahulu, FIFA dalam kenyataan rasminya mendedahkan FAM dan tujuh pemain warisan didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) kerana menyerahkan dokumen yang dipalsukan dalam proses pengesahan kelayakan pemain.
Pemalsuan itu dilakukan bagi membolehkan pemain berkenaan disenaraikan dalam perlawanan rasmi skuad kebangsaan.
Tujuh pemain terbabit adalah Gabriel Palermo, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib FIFA, FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta), manakala setiap pemain terbabit didenda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram