
LAPAN individu dilaporkan cedera selepas sebuah bot pelancong yang dinaiki mereka terbalik ketika menjalani aktiviti parasailing di Langkawi, Kedah pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian bot terbalik di kawasan Pantai Tengah pada pukul 1.15 tengah hari.
“Bot berkenaan membawa enam pelancong, tiga lelaki dewasa, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki serta dua kru bot.
BACA LAGI: FAM akui wujud kesilapan teknikal staf pentabiran, tapi sahkan 7 pemain digantung rakyat Malaysia
BACA LAGI: Skandal pemain warisan: SPRM tegaskan kesilapan teknikal, bukan kes rasuah
“Semasa kejadian, terdapat pelancong yang sedang melakukan aktiviti parasailing, namun berjaya diturunkan ke bawah dengan selamat.
“Kejadian dipercayai berlaku akibat angin kuat, dan kesemua mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, maklumat awal menunjukkan tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius dan kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha., Langkawi.
Susulan itu, ramai warga maya menzahirkan kebimbangan dengan mengingatkan bahawa amaran ribut telah dikeluarkan dan keadaan laut bergelora sepatutnya menjadi peringatan agar aktiviti laut dielakkan demi keselamatan.
“Tak baca amaran angin dań ribat ke minggu ini? Rembasan taufan dekat Vietnam yang berlaku sekarang ini,” kata Dan Rani.
“Lautan ombak besar masih lagi nak buat ditt, fikir lah nyawa orang,” kata Brothers Oyen.
“Cuaca sekarang tak baik, kenapalah ada aktiviti macam itu sekarang, kena utamakan kesihatan,” kata Ahmad Asyraf. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram