Skandal warisan FAM: Sumber dalaman dedah tak mustahil kemenangan ke atas Vietnam terbatal


  • Podium
  • Sabtu, 27 Sep 2025

Kesemua tujuh pemain warisan itu beraksi dalam Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam. — Facebook/FAM

TAMPARAN hebat melanda arena bola sepak tanah air selepas badan antarabangsa FIFA mengenakan denda atas kesalahan pemalsuan dokumen berhubung tujuh pemain warisan.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, organisasi itu mengenakan denda berjumlah CHF350,000 (RM1.8 juta) ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas kesalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).

Hukuman turut dihadapi tujuh pemain iaitu Joao Figueiredo, Imanol Machuca, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Hector Hevel 

BACA LAGI: Tak logik tuduh Indonesia, Vietnam dalang gagalkan revolusi Harimau Malaya

BACA LAGI: [VIDEO] Kelab Liga Super 'terliur' lihat kehadiran naturalisasi baharu Vietnam

Zurich, Switzerland - 1 October, 2015: The entrance of the FIFA headquarter in Zurich. The International Federation of Association Football is the governing body of association football, futsal and beach football. FIFA is responsible for the organisation of football's major international tournaments, notably the World Cup.

FIFA mendapati FAM melakukan kesalahan dari segi penyerahan dokumen berhubung latar belakang pemain itu.

Kesemua dari mereka turun beraksi ketika perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur diarah membayar CHF2,000 (RM10,560) serta digantung dari sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan.

Ini merupakan sebuah berita buruk kerana ia akan menjejaskan imej Harimau Malaya yang sedang dalam usaha melakukan revolusi selepas terumbang-ambing dari segi prestasi bertahun-tahun lamanya.

Situasi buruk tidak terhenti di situ kerana pada Sabtu, media Vietnam melaporkan kemungkinan lebih banyak hukuman bakal dikenakan FIFA ke atas badan induk bola sepak negara itu.

Menurut Den Tri, seorang pegawai dari Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menyatakan terdapat kebarangkalian kemenangan Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia 2027 tempoh hari akan terbatal.

"Malah, saya berasakan kenyataan mengatakan FIFA sudah meluluskan permohonan FAM menurunkan pemain bersalah itu tidak lebih dari usaha berselindung dari peraturan.

FAM akan membuat rayuan bagi memastikan FIFA menarik semula hukuman terbabit.

"Tahun lalu, ketika Vietnam menaturalisasikan Nguyen Xuan Son, VFF bertanya soalan sama terhadap FIFA, tetapi mereka tidak menjawab sama ada dokumen diserahkan sah atau tidak," tulisnya.

Sumber itu turut menyimpulkan bahawa badan antarabangsa itu mahu persatuan bola sepak setiap negara bertanggungjawab atas segala bukti latar belakang diserahkan dalam proses memberikan status naturalisasi mahupun warisan.

Setakat ini, FIFA masih tidak mendedahkan pihak manakah yang membuat aduan berhubung kesahihan kesemua tujuh pemain itu dari segi susur galur dan latar belakang.

Ini sekali gus menimbulkan 1,001 spekulasi di media sosial dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan terdapat pihak luar yang mahu melihat revolusi Harimau Malaya itu gagal.

FIFA turut memberikan FAM tempoh 10 hari untuk memfailkan rayuan dengan organisasi tempatan itu difahamkan sudah merencanakan gerakan untuk membatalkan hukuman terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram