
SERAMAI enam orang dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Melaka pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.30 pagi di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) berhampir stesen minyak Shell.
Pihaknya yang menerima laporan pada 7.30 pagi mendapati ia berpunca daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang hilang kawalan lalu merempuh kenderaan yang berada di arah bertentangan.
BACA LAGI: 'Hauslah’, KPDN Melaka ‘mengusik’ peniaga air harga cekik darah
BACA LAGI: Ibu, anak perempuan ditemukan maut dalam MPV di Melaka, disyaki keracunan gas karbon monoksida
Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, kenderaan 4x4 itu dilihat memandu dengan laju sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh kenderaan lain.
Kenderaan itu turut terbalik menyebabkan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pikap Triton hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan daripada arah bandar Melaka ke Cheng sehingga terbabas melanggar lima kenderaan lain dari arah bertentangan dan terbalik.
"Akibat perlanggaran itu, semua enam mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," kata Christopher dalam kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram