
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Khamis mengesahkan Persatuan Bola Sepak Perlis (Perlis FA) sudah 'dipecat' susulan kegagalan menyelesaikan pelbagai kemelut terdahulu.
Perkara itu disampaikan Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi dalam satu sidang media yang menyatakan hukuman itu diambil selepas arahan dikeluarkan pihak FIFA.
"Persatuan ini mengambil keputusan memecat Perlis FA sebagai Ahli Gabungan FAM secara serta merta. Ini setelah kami memberi tempoh akhir enam bulan buat mereka mengatasi masalah sebelum ini," katanya.
BACA LAGI: Bola sepak Kedah seperti tiada sinar, masih awal dinilai atau hala tuju kurang jelas?
BACA LAGI: 'Renew' Derbi Utara di Liga A1 selepas 6 tahun, Perak dan Kedah meniti jalan kebangkitan
Yusoff (dua dari kiri) mengumumkan Perlis FA dikenakan hukuman tersebut. — Facebook/FAM
Sebelum ini, Perlis FA dilaporkan gagal melunaskan bayaran kepada bekas Pengarah Bola Sepak, Matthew Mark Holland dalam tempoh enam bulan yang ditetapkan FIFA.
Untuk rekod, badan pengurusan di Utara tanah air itu digantung kerana gagal melunaskan tunggakan gaji dan pampasan bernilai lebih RM998,000.
Impak dan implikasi daripada pengumuman ini, Perlis FA tidak boleh melibatkan diri dalam segala kegiatan bola sepak dalam negara.
Keputusan itu sekali gus menamatkan keanggotaan Perlis FA yang sekian lama bergelut dengan pelbagai masalah termasuk pengurusan dan kewangan.
Namun, status Perlis Guar Syed Alwi (GSA) dalam saingan Liga A1 Semi-Pro tidak akan terjejas kerana tidak perlu mendapat kelulusan PFA dan melalui FAM.
"Ini selepas kita bagi tempoh akhir mereka selama enam bulan. Enam bulan untuk apa? Untuk menyelesaikan atau mengatasinya masalah-masalah sebelum ini dan tempoh enam bulan itu pun telah berakhir," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram