Bukan sekadar 3 mata, tundukkan JDT gamit nostalgia 'Atok Weigang' buat fans Seladang


  • Podium
  • Ahad, 21 Sep 2025

Kemenangan 2-1 diraih skuad Seladang ke atas JDT II amat bermakna. — Facebook/Perak FA

SEBUAH lagi persembahan bertenaga ditampilkan anak-anak buah Syamsul Saad ketika bertandang ke Selatan tanah air untuk berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26 pada Sabtu.

Keputusan 2-1 dicatatkan skuad Seladang dengan Rafieq Al-Amzar dan Fadhil Azmi menjadi wira pasukan pelawat meskipun Bormejo Celso cuba memastikan tuan rumah mengelak kekalahan menerusi gol pada babak pertama.

Tiga mata dikutip itu cukup bermakna buat kelab Utara tanah air berkenaan kerana ia mengukuhkan lagi kedudukan dalam carta Liga A1 Semi Pro.

BACA LAGI: Pertembungan 2 FA di Liga A1, Perak sudah berhasil tapi apa cerita Kedah?

BACA LAGI: Tarik diri Liga Super: MFL gantung, denda Sri Pahang-Perak-KDA

Kemenangan ke atas JDT II mengukuhkan lagi kedudukan Perak FA dalam carta Liga A1 Semi Pro. Facebook/AFL

Namun, bagi peminat fanatik Perak, kemenangan tersebut membawa makna berbeza memandangkan pasukan terbabit sudah lama memburu tiga mata dari JDT.

Meskipun perlawanan itu hanya menyaksikan mereka menentang skuad simpanan Harimau Selatan, ia sudah cukup menggembirkan kerana kali terakhir keputusan sedemikian diraih adalah pada 2017.

Ketika itu, Perak masih berada di bawah bimbingan jurulatih berpengaruh, mendiang Karl Heinz-Weigang yang berdepan tekanan hebat dari penyokong berikutan prestasi kurang memberangsangkan.

Kisah penuh inspirasi tersebut diceritakan di laman Facebook Silverstates Supporters Fan Club yang menyatakan kemenangan pada Sabtu itu amat bermakna.

Kali terakhir Perak menundukkan JDT adalah semasa berada di bawah kendalian Karl Heinz-Weigang.

"Pada 2017, di perlawanan Liga Super antara PKNS dan Perak, saya yang hadir perlawanan ini menyaksikan Perak kalah dan teruk 'Atuk Weigang' dikutuk antara peminat Perak.

"Di perlawanan terakhirnya di Stadium Perak, kita mengalahkan JDT yang ketika itu kelainan 'Atuk' sambil melihat dan merangka di bangku simpanan menggunakan papan taktikal," katanya.

Jurulatih dari Jerman itu hanya mengendalikan skuad Seladang sehingga Februari 2017 dengan pemergiannya dilaporkan dibuat atas faktor kontrak yang enggan dilanjutkan.

Kemenangan ke atas JDT pada ketika itu jelas diingati sehingga hari ini apabila tidak lama selepas meninggalkan skuad Seladang, Weigang meninggal dunia atas faktor usia.

Weigang merupakan jurulatih cukup disegani buat peminat Perak.

Oleh itu, kejayaan ke atas skuad muda Harimau Selatan seakan-akan mengimbau zaman kegemilangan berkenaan dengan tiga mata itu amat besar maknanya.

"Lama kita tidak menikmati Perak FA kalahkan JDT sehinggalah 2025, pasukan baru dibentuk semula mengalahkan JDT II. Jadilah berbekalkan pemain Perak yang rata-rata umur 23 tahun, termasuk Ekele Victor yang baru 23 tahun. Lapan tahun menunggu," katanya.

Prestasi cemerlang diraih skuad Seladang perlu dikekalkan pada aksi-aksi akan datang, termasuk perlawanan berdepan Kelantan Red Warrior (KRW) FC di laman sendiri pada 29 September depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram