
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menggantung serta mendenda tiga kelab iaitu Sri Pahang FC, Perak FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC kerana pelbagai kesalahan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MFL pada Jumaat, Sri Pahang didapati bersalah kerana menarik diri daripada Liga Super sementara Perak dan KDA dihukum akibat gagal mendapatkan lesen kebangsaan untuk bersaing dalam pertandingan itu bagi musim 2025/2026.
Disebabkan itu, Sri Pahang digantung daripada segala aktiviti bola sepak anjuran MFL selama semusim manakala Perak dan Kedah digantung selama dua musim
BACA LAGI: Dibandingkan dengan JDT, pemain salam atas arahan CEO NSFC, MFL larang VIP turun padang
BACA LAGI: 'Habis duit kami', 1 Sabah mengamuk, Liga Super belum mula lagi MFL dah tukar jadual
Kata MFL, mana-mana kelab yang menarik diri daripada saingan Liga Super tidak akan menerima manfaat sebagai rakan kongsi badan penganjur liga itu.
Mereka turut dikenakan denda iaitu hak hilang wang agihan berdasarkan merit hasil pencapaian dalam Liga Super musim 2023/2024.
"Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan untuk menggantung Sri Pahang FC yang telah menarik diri daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL selama satu musim berkuat kuasa bermula musim 2025-2026.
"Kedah Darul Aman FC dan Perak FC yang gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan pada musim 2025-2026 pula masing-masing digantung daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL selama dua musim berkuat kuasa bermula musim 2025-2026 sehingga 2026-2027," ujar MFL.
KDA kini beraksi dalam saingan Liga A1 sementara Perak dan Sri Pahang tidak menyertai mana-mana pertandingan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram