
HARUS diakui, Johor Darul Ta'zim (JDT) tiada masalah untuk beraksi baik di peringkat domestik apabila skuad mereka dilihat berada pada tahap yang berbeza dengan kelab-kelab lain.
Namun begitu, di peringkat Asia, ceritanya berbeza kerana masih lagi banyak kelab yang jauh lebih ke depan berbanding JDT dari segi kekuataan.
Disebabkan itu, JDT memilih untuk berbelanja besar dengan membawa pelbagai nama dari luar, khas untuk tujuan tampil lebih kompetitif di peringkat Asia.
BACA LAGI: Kelab Kosovo kini sasaran TMJ lepas tak jadi melabur di Sepanyol, manfaatnya tentu buat JDT
BACA LAGI: 'Masih teringat hari pertama di pejabat', legenda JDT tinggalkan The Lions selepas 3 tahun
Kesebelasan yang diturunkan JDT ketika bertemu Buriram United. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Di atas kertas, idea itu tampak baik dan secara logiknya, dapat meningkatkan prestasi JDT, namun ia tidak menjadi sebaliknya.
Dengan kehadiran beberapa pemain baharu, ia seolah menganggu rentak JDT dalam mendapatkan keserasian sekali gus untuk sukar untuk bermain dengan baik.
Ketika turun menentang Buriram United dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), kesebelasan yang dipertaruhkan oleh Xisco Munoz semuanya kelihatan asing dan tidak memberikan impak, hasilnya JDT tumpas 1-2.
Pada saya, mungkin lebih baik untuk Xisco menurunkan barisan yang lebih kerap diturunkan terutamanya dalam tugasan liga untuk dibawa ke peringkat Asia.
Jangan terlalu membezakan skuad untuk Liga Super dengan ACLE, perlawanan di Asia tidak sebanyak di liga jadinya keserasian sukar untuk diperoleh ditambah bertemu lawan lebih sukar.
Sedangkan ketika berdepan Buriram juga sudah sukar, apatahkan semasa JDT akan bertemu tiga kelab Jepun yang bakal menanti mereka.
Musim ini jelas mencabar buat JDT terutamanya di Asia, jika Xisco gagal menemui rentak dengan cepat, mungkin dia yang akan disingkirkan. — Majoriti
FIKRI NAJMUDDIN merupakan seorang peminat JDT
*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram