
SELANGOR FC membuka kempen Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dengan kekalahan kepada Bangkok United di laman sendiri.
Kekalahan 2-4 pada Khamis itu menyukarkan perjalanan skuad Katsuhito Kinoshi dengan selepas ini mereka bakal berdepan Lion City Sailors dan Persib Bandung dalam misi ke pusingan seterusnya.
Namun persembahan mengecewakan ditampilkan berdepan kelab Thailand di laman sendiri, penyokong berasa kurang yakin dengan peluang Selangor untuk mara.
BACA LAGI: [VIDEO] Reziq Bani Hani makin menyerlah di Iraq, jauh beza berbanding ketika bersama Selangor
BACA LAGI: Diuji Bangkok United, Selangor bakal dicabar bekas bintang EPL, pakar lontaran jauh Sang Garuda
Ditambah pula dengan persembahan pemain yang tidak bersemangat membuatkan sukar untuk yakin Selangor boleh pergi jauh.
Perkongsian oleh BiKem Studio di Facebook mendapati persembahan salah seorang pemain import Selangor iaitu Zach Clough tidak menepati standard diharapkan.
Sepanjang perlawanan, persembahan Clough dilihat negatif dengan dia seolah-olah tidak mengikuti pergerakan rakan-rakan sepasukan yang lain sehingga dianggap tidak wujud.
"Zach Clough dalam perlawanan ni macam tak wujud. Langsung tak berfungsi, tak ada impak atas padang.
"Tengok kepada bahasa badan, macam nak tak nak je main. Berlari malas, pressing malas, banyak lakukan hantaran ke belakang," katanya.
Lebih pelik adalah, walaupun Clough tidak memberikan impak positif kepada permainan, dia tetap terus berada di padang tanpa ditukar oleh jurulatih, Katsuhito Kinoshi.
Tetapi, pemain sayap, Alvin Fortes yang dilihat bekerja keras bersama-sama Chrigor Moraes dalam memburu gol pula yang ditukar pengendali Jepun itu.
"Tapi yang pelik, Alvin Fortes yang dikeluarkan, Clough steady kekal sampai habis perlawanan. Pelik dan kelakar Kino ni," ujarnya.
Selepas Bangkok, Selangor akan ke Singapura untuk berdepan Lion City Sailors pada 1 Oktober. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram