
BEBERAPA pemain yang kini beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini berpeluang untuk menulis sejarah peribadi dengan mewakili negara masing-masing di pentas paling berprestij, Piala Dunia 2026.
Dengan kelayakan zon Asia dan benua lain masih berlangsung, ramai antara mereka giat mengekalkan prestasi terbaik bersama kelab bagi memastikan tempat dalam skuad kebangsaan masing-masing.
Nama-nama besar seperti penyerang import, pemain tengah kreatif dan juga benteng pertahanan yang beraksi untuk kelab ternama Liga M dilihat semakin menonjol bukan sahaja dalam saingan tempatan tetapi turut menjadi sandaran utama negara asal mereka.
BACA LAGI: Aliff Izwan: Permata tersorok Selangor, Harimau Muda
BACA LAGI: ‘Rahsianya bersabar’, 2 tahun teruk dikecam fans Selangor, Quentin Cheng kini ada ‘gaya’
Prestasi konsisten di peringkat kelab membantu negara mereka layak ke kejohanan penting itu dan sapa tahu akan menjadi tiket penting untuk dipanggil menyarung jersi kebangsaan dalam saingan Piala Dunia 2026 nanti.
Selangor antara kelab yang mengumpulkan pemain-pemain dalam misi beraksi di Piala Dunia dengan kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan bersama Gergasi Merah diyakini mampu membuka ruang untuknya melakar kejayaan di pentas lebih besar.
Kali ini, Majoriti menyenaraikan tiga pemain Gergasi Merah yang bakal membawa negara-masing beraksi di pentas Piala Dunia 2026 dan sekali gus dapat mengharumkan nama Selangor;
1) Muhammad Abualnadi
Abualnadi antara bek tengah sedang meningkat naik Selangor. — Instagram/Abualnadi
Bek tengah Gergasi Merah, Muhammad Abualnadi antara pemain yang sering mendapat tumpuan sejak dia tiba di kem Selangor pada musim 2024 bagi memperkuatkan benteng pasukan Lembah Klang itu.
Bersama Selangor FC, pemain yang juga mampu beraksi di posisi pertahanan kiri itu suda merekodkan lima perlawanan termasuk satu aksi Kejuaraan Kelab Aseann, selain menyumbangkan satu bantuan jaringan.
Bukan hanya menjadi tunjang skuad kendalian Katsuhito Kinoshi, Abualnadi juga membantu skuad The Chivalrous Ones melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 buat kali pertama pada aksi kelayakan Jun lepas.
Pemain muda berusia 24 tahun berkenaan merupakan antara tonggak pertahanan baharu Jordan yang berjaya beraksi 90 minit permainan untuk lima perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Menamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan 16 mata terkumpul daripada empat kemenangan, empat seri dan dua kekalahan, menjadikan Al-Nashama negara Arab pertama layak ke Piala Dunia 2026.
2) Alvin Fortes
Fortes perlu cemerlang di peringkat ACL2 bersama Selangor untuk mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan. — Instagram/Fortes
Tidak sampai dua bulan selepas menguji kekuatan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, skuad kebangsaan Cape Verde kini selangkah untuk melakar sejarah layak ke Piala Dunia buat kali pertama.
Pasukan kerdil dari benua Afrika itu kini menghuni tangga teratas Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Afrika dengan 19 mata, empat mata mengatasi pasukan pilihan, Cameroon.
Cape Verde kini hanya memerlukan tiga mata daripada dua baki perlawanan menentang Libya (tempat lawan) dan Eswatini (laman sendiri) pada Oktober nanti untuk memastikan kemaraan ke pusingan akhir Piala Dunia.
Antara pemaain tumpuan ialah Alvin Fortes yang mencipta debut pada 2018 terpaksa menunggu kira-kira tujuh tahun untuk sekali lagi mewakili negaranya apabila dipanggil ketika aksi persahabatan berdepan Harimau Malaya di tanah air bulan lalu.
Meskipun tidak memberi impak seperti mana diharapkan, kepercayaan diberikan memberi isyarat tidak mustahil Fortes akan diberi peluang lagi-lagi jika penyerang sayap itu cemerlang membantu Selangor di saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
3) Noor Rawabdeh
Rawabdeh kekal jadi pilihan pemain tengah bertahan Jordan. — Instagram/Rawabdeh
Satu lagi pemain Gergasi Merah yang bakal mencuri tumpuan ialah Noor Rawabdeh berikutan pemain tengah dengan julukan 'The Engineer' itu merupakan watak utama buat skuad kendalian Hussein Ammouta.
Pemain tengah berusia 28 tahun berkenaan sudah lama menjadi pilihan Jordan dalam aksi-aksi penting dan selepas kembali pulih dari kecederaan anterior krusiat ligamen (ACL) pun, Rawabdeh masih menjadi watak utama.
Rawabdeh kembali beraksi untuk negaranya ketika dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-73 menggantikan Ibrahim Sadeh dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara Jordan dan Oman.
Meskipun hanya sempat beraksi selama 17 minit, tempoh singkat tersebut sudah cukup untuk menyaksikan jeneral berkenaan membantu Al-Nashama layak ke Piala Dunia buat kali pertama.
Di peringkat kelab, Rawabdeh juga merupakan nadi utama Selangor apabila dia sudah merekodkan 49 perlawanan dengan merekodkan tujuh gol dan lapan bantuan jaringan sejak tiba pada musim 2022.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram