
TIDAK semua orang mampu memberi layanan baik kepada orang yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dengan rata-ratanya mempunyai stereotaip bahawa kelompok tersebut tidak layak mendapat kesempatan kedua.
Lain pula cerita dengan perkongsian di Facebook oleh peniaga roti dengan nama akaun Roti Gebhoo menyentuh hati ramai apabila menceritakan kisah seorang lelaki yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan tidak mampu untuk membeli makanan.
Menurut hantaran tersebut, kejadian berlaku pada pagi ketika dia sedang menyiapkan bahan untuk membuat roti apabila melihat seorang lelaki berjalan ke arah premisnya sebelum berhenti di hadapan kedainya.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis kesan suspek samun, pukul pemuda hingga parah di pusat karaoke Johor Bahru
BACA LAGI: Inkues Zara Qairina: Simulasi polis sepadan senario mangsa jatuh tanpa ditolak
Peniaga berkenaan menyedari lelaki tersebut merenung roti yang dipamerkan sambil matanya melirik kepada harga makanan itu sambil menelan air liur, namun terus berlalu selepas ditanya.
"Saya macam dah boleh agak dah tapi takut anggapan saya ini salah. Dia pun jalan terus. Saya tak sedap hati saya panggil dia dari jauh sambil jerit..tanya..awak nak roti ke?? dia pusing balik dia cakap boleh, kalau akak nak bagi kak," kongsinya.
Tanpa berfikir panjang, peniaga itu membungkuskan roti bergula sambil menyarankan agar ia dicicah bersama air. Lelaki itu menerima dengan rasa syukur, sempat menunduk dan mendoakan agar peniaga tersebut dimurahkan rezeki.
"Saya terus tanya, awak dari mana? (sambil tengok seluar dia koyak dekat lutut dua-dua belah) saya dari Penjara Penor kak, baru bebas. Dah tu nak kemana? saya nak balik Jengka. Oh okay lah, baik-baik," ceritanya lagi.
Menurut Roti Gebhoo, kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku dalam hidupnya kerana lokasi kedainya memang menjadi laluan orang yang baru dibebaskan dari penjara untuk menuju ke stesen bas.
Namun, kali ini pengalaman berdepan dengan individu yang benar-benar lapar membuatkan peniaga wanita tersebut sebak.
“Sebelum ini tengok dalam drama saja. Kali ni betul-betul depan mata. Perasaan orang yang tiada duit, tapi nak makan sesuatu sampai telan air liur. Kesiannya. Itu bahagian dia, bahagian kita tak tau lagi. Saya doakan semoga ALLAH permudahkan urusan dia lepas ini. Amin.
“Silam bukan alasan… semua orang boleh bangkit kerana setiap orang layak diberi peluang. Hidup tak selalu mudah, tapi syukur masih ada rezeki yang ALLh titipkan. Hari ini, rezeki itu bernama Roti Gebhoo," tambahnya.
Perkongsian penuh pengajaran itu meraih perhatian ramai warganet yang rata-rata memuji sikap prihatin peniaga tersebut selain mendoakan agar lelaki berkenaan benar-benar diberi peluang kedua dalam hidup. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram