
KEHIDUPAN bekas penyerang Brazil dan Manchester City, Robson de Souza atau lebih dikenali sebagai Robinho, berubah secara drastik apabila kini bergelar jurulatih pasukan bola sepak di dalam penjara.
Robinho, 41, sedang menjalani hukuman penjara sembilan tahun di Tremembe, kira-kira 150 kilometer dari Sao Paulo, Brazil selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita.
Pemain itu melakukan jenayah tersebut pada seorang wanita Albania berusia 23 tahun di sebuah kelab malam di Milan pada 2013 ketika dia beraksi bersama AC Milan.
BACA LAGI: 'Penang FC dah macam pusat transit bintang import veteran'
BACA LAGI: Bukan mudah serasi DNA Harimau Selatan, bintang Afrika dan Argentina sudah cukup jadi bukti
Rayuan terbaharunya ditolak selepas Mahkamah Agung Brazil melalui undian 10-1 mengekalkan hukuman berkenaan.
Sebelum ini, Mahkamah Kasasi Itali turut mengesahkan keputusan sama pada 2022, sekali gus menamatkan harapan bekas pemain Real Madrid itu untuk bebas.
Walaupun karier profesionalnya berakhir pada 2020, nama Robinho masih menjadi perhatian.
Menurut pendedahan podcast SportyFMKe, dia kini membimbing sebuah pasukan dalam kejohanan bola sepak dalaman penjara, selain terus menjadi tumpuan banduan lain yang mahu bergambar dan mendapatkan tandatangannya.
Daripada sorakan ribuan penyokong di stadium dunia kepada jeriji besi penjara, kisah hidup Robinho nyata bak sebuah filem The Longest Yard yang tidak pernah dijangka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram