
SATU kertas siasatan dibuka oleh pihak polis susulan daripada kes kecurian yang dilaporkan berlaku di Masjid Jamek As-Sharif Felda Pasir Raja, Kota Tinggi, Johor pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian kecurian itu diterima pada kira-kira pukul 8.19 malam.
“Pihak polis juga terkesan dengan satu hantaran dalam aplikasi Tik Tok berkenaan video tular kecurian beg di masjid tersebut yang dipercayai berlaku pukul 8 malam.
BACA LAGI: Pelanggan mengeluh, aplikasi Maybank alami gangguan teknikal
“Pada masa sama polis menerima laporan daripada seorang perempuan pukul 8.19 malam berhubung kejadian kecurian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Wan Mohd Kamal Wan Abas di talian 013-2624774.
"Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau melalui hotline ibu pejabat polis daerah (IPD) di talian 07-8831222," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram