[VIDEO] 'Puteri jangan tinggalkan daddy', sebaknya dengar jeritan ayah 2 beradik lemas kereta tenggelam di Sungai Linggi


  • Kes
  • Khamis, 04 Sep 2025

Dua beradik lemas di Sungai Linggi selepas kereta mereka tiba-tiba terjunam ke dalam sungai tersebut pada Khamis.

DUA kanak-kanak yang juga adik beradik dilaporkan maut selepas terperangkap di dalam sebuah kereta yang terjunam ke Sungai Linggi dekat Port Dickson, Negeri Sembilan pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai sedang tidur di dalam kenderaan berkenaan ketika ia tiba-tiba menggelongsor dari kawasan tebing dan tenggelam ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kenderaan itu dinaiki sepasang suami isteri bersama dua anak mereka yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun.

BACA LAGI : Punca sebenar kematian Zara Qairina, pakar patologi serah keputusan kepada mahkamah

BACA LAGI : [VIDEO] 'Ingatkan sampah, rupanya dadah', pekerja terkejut jumpa bungkusan ganja mampat di Kuala Sungai Padang

“Pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu berjaya menyelamatkan diri, namun kedua-dua anak mereka terperangkap di dalam kereta,” katanya pada Khamis.

Tambah beliau lagi, operasi mencari dan menyelamat terus dilakukan selepas itu.

"Namun, kereta jenis Nissan Teana yang terjatuh ke dalam Sungai Linggi itu hanya berjaya ditarik naik pada pukul 4 petang atas bantuan kenderaan penunda.

"Kedua kanak-kanak yang juga anak mangsa disahkan lemas akibat terperangkap dalam kereta.

"Mayat kedua-duanya di hantar di Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian," katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Puan Ida Anuar, menerusi hantaran di laman Facebook menceritakan detik pilu ketika kejadian.

“‘Puteri jangan tinggalkan daddy,’ ya ALLAH luluh hati dengar raungan seorang bapa apabila anak-anak yang ditinggalkan di dalam kereta, kenderaan menggelongsor ke dalam sungai,” tulisnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram