[VIDEO] Bakal anjur perlawanan tinju di Malaysia, Opai tak jemput Jojo sebab 'selalu kalah'


  • Podium
  • Isnin, 04 Ogos 2025

Kenyataan Opai (kanan) mencetuskan reaksi kurang senang daripada komuniti sukan tempur tanah air.

PERSONALITI media sosial, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai mengumumkan perancangan menganjurkan satu perlawanan tinju di Malaysia, yang dikatakan bakal melibatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa terkenal, ONE Championship.

Dalam satu video yang dimuat naik ke laman sosial miliknya, Opai menyuarakan rasa teruja selepas menghabiskan masa bersama beberapa nama besar dalam dunia seni mempertahankan diri seperti Rodtang dan Tawaincai.

Menurutnya, hasil perbincangan bersama dua rakan usahawannya bahawa terdapat kemungkinan besar bahawa satu acara One Championship akan diadakan di Malaysia dengan wakil tempatan bakal beraksi dalam perebutan kejuaraan.

BACA LAGI: [VIDEO] Gugur air mata jantan Jojo Ghazali dalam dakapan ibu lepas tewas di tangan jaguh Amerika

BACA LAGI: [VIDEO] 'The fight still on', Jojo Ghazali kekal bertarung lepas jaguh Amerika 'berdrama'

"Sibuk gila hari ini. Sepanjang hari tadi (Ahad) aku lepak dengan Rodtang, Tawaincai dan macam-macam fighter-fighter lagi. Terima kasih banyak kepada Abang El Azman, Abang Mughnny and the team.

"Yang paling aku tak boleh nak gambarkan. Ada kemungkinan ONE Championship Malaysia akan berlangsung. Dan kita mungkin sebagai rakyat Malaysia akan bangga sebab pertama kalinya fighter Malaysia akan fight for the title," katanya.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan tidak menjemput Johan Ghazali dalam program realiti terbabit kerana dilihat kerap mengalami kekalahan dalam beberapa pertarungan.

Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo merupakan atlet muda dalam sukan tinju Malaysia apabila dia pernah mencuri perhatian berjaya mendapatkan kontrak daripada ONE Championship bernilai lebih RM400,000 (AS$100,000).

Bagaimanapun, baru-baru ini prestasinya menjadi topik perbualan susulan tewas kepada petarung Colombia-Amerika Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Jun lepas. 

"Siapa (petarung mewakili Malaysia) Of course bukan Jojo lah. Jojo selalu kalah," ujar Opai secara bersahaja, namun mencetuskan reaksi kurang senang daripada komuniti sukan tempur tanah air.

Sebaliknya, usahawan berkenaan mencadangkan bahawa Alif Raqib yang menumpaskan petarung Maghribi, Elmehdi El Jamari pada awal Jun lepas mungkin menjadi wakil Malaysia untuk bertarung merebut gelaran dalam acara akan datang.

Dalam video yang sama, Opai turut mendedahkan rancangan untuk membawa masuk sebuah program pencarian bakat ala The Ultimate Fighter ke Malaysia, dikenali sebagai Road to ONE yang dijangka menjadi platform pembangunan atlet tempatan ke peringkat antarabangsa. 

Aliff ketika menentang atlet muay thai dari Maghribi, Elmehdi El Jamari. — One Championship

Menurutnya, program berkenaan dijangka menyediakan kem latihan, liputan media, dan tanggungan perubatan buat peserta terpilih.

Meskipun pengumuman itu membuka ruang besar kepada perkembangan sukan tempur di Malaysia, kenyataan sindiran terhadap Johan Ghazali dianggap tidak wajar oleh sebahagian peminat dan pemerhati sukan, memandangkan pencapaian petinju itu di pentas antarabangsa masih membanggakan negara.

Untuk rekod, Johan telah mencatatkan enam kemenangan dan tiga kekalahan sejak menyertai One Championship.

Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan tersebut dibuat dalam nada gurauan atau sebaliknya, namun ianya tetap mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Johan yang menganggap dia masih antara bakat terbaik Malaysia dalam sukan tempur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram