Empat maut, 4x4 langgar pokok di SKVE


  • Massa
  • Isnin, 01 Sep 2025

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

SERAMAI empat lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Kejadian yang berlaku berdekatan Bandar Saujana Putra, Selangor melihatkan kenderaan yang dinaiki mangsa melanggar sebatang pokok dengan pihak bomba memperoleh panggilan kecemasan pada 2.21 pagi Isnin.

Tiga mangsa berusia sekitar 40-an terperangkap dalam kenderaan tersebut dan apabila pihak bomba berjaya mengeluarkan mereka, kesemuanya sudah meninggal dunia.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Souvenir' paling mahal', ayah korban masa, tenaga hasilkan 600 lukisan untuk majlis kahwin anak

BACA LAGI:  Pearly-Thinaah tewas tipis tapi semangat juang dapat tabik hormat penyokong

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seorang lagi mangsa tercampak keluar daripada kenderaan tersebut semasa rempuhan berlaku.

"Impak dari rempuhan itu membuatkan seorang lelaki tercampak daripada kenderaan manakala tiga lagi terperangkap.

"Kami berjaya mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap. Malangnya, semua mangsa yang merupakan lelaki lingkungan 40-an, meninggal dunia," ujarnya. — The Star/FARIK ZOKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram