Ujian urin negatif, wanita cuba dekati Sultan Nazrin direman 3 hari


  • Kes
  • Isnin, 01 Sep 2025

Suspek warga tempatan berusia 41 tahun naik melalui bahagian tepi pentas sebelum berjaya ditahan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

WANITA yang tular kerana cuba menghampiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semasa sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh, Perak direman pihak polis selama tiga hari.

Memetik laporan Buletin TV3, Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab mengeluarkan reman tersebut di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk membolehkan suspek ditahan bermula Isnin sehingga Rabu (3 September).

Ketika ditahan, ujian air kencing (urine test) suspek tersebut turut didapati negatif.

BACA LAGI: [VIDEO] Nama sama suami alasan wanita masalah saraf otak cuba peluk Sultan Nazrin ketika sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh

BACA LAGI: ‘Doakan dapat jodoh yang baik’, duit bantuan SARA tak cukup, anak yatim piatu menitis air mata tolong bayarkan barangan warga emas

Wanita berusia 41 tahun itu dikatakan nama suaminya sama dengan Sultan Nazrin menyebabkan dia pergi menghampiri Sultan Perak itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata dia ditangkap ketika cuba berbuat demikian di pentas utama semasa Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak sekitar 8.20 pagi semasa semua orang sedang berdiri bagi menyanyikan lagu negeri Perak.

Suspek didapati mempunya rekod lampau mengenai kes dadah dan memperoleh rawatan psikiatri. 

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cuba membawa kecederaan parah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram