Liverpool setuju ‘pecah tabung’ hampir RM1 bilion dapatkan Isak, harga 3 kali ganda berbanding kiper sasaran Man United


  • Podium
  • Isnin, 01 Sep 2025

Menuju kelab baharu: Isak (kiri) dan Martinez (kanan) dijangka akan menyertai Liverpool dan Man United.

DENGAN jendela perpindahan semakin hampir ditutup, Liverpool dilaporkan berjaya untuk mendapatkan penyerang Newcastle United iaitu Alexander Isak.

Laporan di England menyebut, The Reds menawarkan £125 juta (RM713 juta) The Magpies untuk Isak dengan pemain itu akan menjalani ujian perubatan pada Isnin.

Jumlah yang dibayar oleh Liverpool itu menjadikan perpindahan Isak ke Anfield adalah yang paling mahal dalam rekod bola sepak British.

BACA LAGI: Kes Isak-Newcastle persis isu bintang Selangor 'merajuk' 9 tahun lalu

BACA LAGI: Poster Alexander Isak kemaruk nak ke Liverpool rupanya 'troll', sekadar janaan AI

Dalam pada itu, Manchester United turut berusaha membaiki kualiti penjaga gol mereka dengan mendapatkan bintang Aston Villa, Emiliano Martinez.

United yang ingin membaiki posisi penjaga gol selepas masalah prestasi ditampilkan oleh Andre Onana, cuba untuk mendapatkan Martinez yang sudah lama ingin meninggalkan Villa.

Martinez dikatakan berminat untuk beraksi bersama-sama United namun kelab itu perlu memperhalusi terlebih dahulu tawaran yang ada.

Dalam masa yang sama, United turut cuba mendapatkan Senne Lammens dari Royal Antwerp.

Ia dapat dilihat yang United sedia memberikan wajah baharu kepada posisi tersebut bagi membolehkan mereka tidak semudahnya dibolosi pihak lawan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram