
SEPERTI mana diketahui ramai, Manchester United masih mahu melakukan perubahan terhadap pasukan sebelum jendela perpindahan ditutup dengan posisi tengah menjadi fokus pihak pengurusan.
Ini kerana skuad The Red Devils mahu membawa masuk pemain tengah bertahan dengan bintang muda Brighton & Hove Albion, Carlos Baleba menjadi sasaran utama pasukan.
Posisi itu sememangnya perlu diperkuatkan kerana pengurus, Ruben Amorim mahu kestabilan dalam pasukan sehingga terpaksa meletakkan Bruno Fernandes dalam peranan itu ketika mereka berdepan Fulham.
BACA LAGI: [VIDEO] Gaya keraian 'bang bang' Kobbie Mainoo rupanya mesej buat rakan sepasukan
BACA LAGI: Kobbie Mainoo pilih tinggalkan Man United, tambah derita Amorim
Amorim (kiri) tidak lagi mahu memberi kepercayaan penuh buat Mainoo. — Agensi
Bagaimanapun, pendirian tersebut menimbulkan tanda tanya kerana Kobbie Mainoo sepatutnya boleh diletakkan di posisi itu kerana sudah membuktikan dirinya dalam pasukan musim lalu.
Selain pintar membaca pergerakan lawan, pemain berusia 20 tahun itu turut memiliki deria di hadapan pintu gol seperti mana ditonjolkan dalam perlawanan akhir Piala FA 2024.
Namun, atas sebab tertentu, Amorim memilih untuk tidak memberi kepercayaan terhadap Mainoo sambil mengharapkan Manchester United dapat melepaskan pemain itu sebelum jendela perpindahan ditutup.
Skuad The Red Devils sebelum ini meletakkan tanda harga mencecah £70 juta (RM398.6 juta) untuk mana-mana pasukan yang menginginkan pemain berkenaan.
Manchester United masih mahu melabur sebelum jendela perpindahan ditutup. — Agensi
Tetapi, selepas menyedari nilai tersebut terlalu tinggi, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu merendahkan penilaian tersebut kepada hanya £35 juta (RM199.3 juta).
Perkara tersebut dilaporkan beberapa agensi media antarabangsa dengan keputusan itu menceritakan bagaimana Amorim dan Manchester United sedia kehilangan khidmatnya.
Setakat ini, Mainoo belum merekodkan sebarang minit daripada dua perlawanan EPL buat skuad The Red Devils dengan tempatnya diisi Casemiro, Manuel Ugarte mahupun Bruno.
Peluang terhad tersebut sememangnya menjadi petanda buatnya mencari kelab baharu dengan Tottenham Hotspur, Chelsea dan Bayern Munich sudah dikaitkan dengannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram