Luka lama berdarah kembali — Legenda Man United


  • Podium
  • Isnin, 25 Ogos 2025

Manchester United belum cukup bersedia meskipun sudah membuat pelaburan besar pada jendela perpindahan musim panas. — Agensi

SKUAD The Red Devils masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 selepas dua perlawanan berikutan keputusan seri direkodkan berdepan Fulham.

Mereka yang memulakan kempen dengan langkah kiri berikutan kekalahan kepada Arsenal mengharapkan kebangkitan apabila berkunjung ke tempat lawan untuk perlawanan pada Ahad itu.

Bagaimanapun, setiap peluang terhasil tidak dimanfaatkan, termasuk kegagalan Bruno Fernandes untuk menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama permainan.

BACA LAGI: Disebut ke kelab Manchester, Liverpool sedia 'sailang' minit akhir bintang Bayer Leverkusen

BACA LAGI: Bruno Fernandes disuruh keluar Manchester United

Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama permainan. — Agensi

Meskipun berjaya memecah kebuntuan menerusi gol sendiri Rodrigo Muniz, kealpaan benteng pertahanan Manchester United memberi ruang buat Emile Smith-Rowe meningkat kedudukan.

Keputusan 1-1 direkodkan menyaksikan skuad kendalian Ruben Amorim masih menantikan kemenangan pertama musim ini selepas pelaburan besar-besaran dibuat bagi memperkukuhkan jentera serangan.

Tiga rekrut baharu iaitu Bryan Mbuemo, Matheus Cunha dan Benjamin Sesko masing-masing buntu di hadapan gawang gol Fulham dengan perubahan segera perlu dilakukan.

Gary Neville yang merupakan bekas kapten dan legenda kelab berpandangan keputusan di tempat lawan itu menceritakan isu lama dialami skuad The Red Devils yang boleh diibaratkan sebagai 'luka lama yang kembali berdarah'.

Mainoo yang boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan tidak dimanfaatkan Amorim. — Agensi

"Saya berpandangan penjaga gol masih terlalu goyah dalam situasi hantaran lintang dan sepakan sudut yang tidak boleh lagi berlaku. Di posisi tengah pula, Manchester United perlu aktif segera.

"Saya beranggapan (Kobbie) Mainoo boleh mengisi kekosongan itu dan menjadi pemain penting pasukan, tetapi jelas ketika ini bahawa Amorim sukar memberi kepercayaan kepadanya," kata Neville.

Dalam perlawanan tersebut, skuad The Red Devils meletakkan Casemiro dan Fernandes sebagai pemain tengah sambil Mason Mount dan Mbuemo diberi ruang mencipta gerakan.

Namun, pendekatan tersebut jelas kurang menjadi apabila kapten Manchester United berkenaan bergelut dalam peranan baharu itu sementara Casemiro yang sudah berusia semakin sukar memikul tanggungjawab terbabit.

Baleba terus berada dalam radar perpindahan Manchester United pada jendela perpindahan kali ini. — Agensi

"Mereka perlu menyelesaikan isu tersebut kerana sekiranya tidak dipandang, ia boleh menimbulkan masalah. Kedua-dua pemain bertahan akan terdedah ketika jentera serangan terlalu ke hadapan.

"Ruang yang terhasil boleh dimanfaatkan pihak lawan dan mereka jelas bergelut dengannya berkali-kali pada separuh masa kedua. Saya berasa Fernandes antara punca situasi itu timbul," katanya lagi.

Skuad The Red Devils memiliki pelbagai pilihan di posisi pemain tengah bertahan, termasuk Manuel Ugarte yang dibawa masuk dari Paris Saint-Germain (PSG) tahun lalu.

Mereka sebelum ini dilaporkan bersedia untuk membuat bidaan besar-besaran untuk menandatangani Carlos Baleba dari Brighton & Hove Albion, namun tiada sebarang perkembangan mengenainya setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram