
SELEPAS lama berehat akibat kecederaan panjang, pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia kini bersedia untuk beraksi.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu bakal membuat kemunculan semula dalam Kejohanan Dunia yang bermula pada 25 hingga 31 Ogos di Paris, Perancis.
Kurang dari dua minggu sebelum kejohanan itu bermula, Zii Jia dilihat giat melakukan latihan untuk menajamkan permainannya.
BACA LAGI: Ramalan ChatGPT: Pertembungan Nusantara antara Selangor-Persib berpotensi berlaku di ACL2
BACA LAGI: 'Bangun, bangun!', nyaris dimalukan Jang Hobin, Xisco Munoz gesa pertahanan JDT jangan terlena
Dalam perkongsiannya di media sosial, Zii Jia dilihat memperagakan teknik lompatan smashnya yang bersedia untuk memerangkap pihak lawan.
Dari rakaman tersebut, pemain tersebut kelihatan sudah berjaya mengenepikan kecederaan dialaminya sebelum ini dan hanya menanti masa sebelum kembali ke gelanggang.
Sebelum ini, Zii Jia mengalami kecederaan semasa Jelajah Dunia Akhir BWF pada 2024 walaupun dia ada cuba untuk melakukan kemunculan semula pada awal tahun.
Situasi kecederaanya memaksa pemain itu untuk memohon perlindungan kepada mata rankingnya supaya namanya tidak terperosok jauh dalam carta.
Zii Jia akan bertemu pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin pada pusingan pertama Kejohanan Dunia. — The Star/ADAM ZAMRI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram