[VIDEO] UXR Showdown di Kuantan bawa lebih 9 pertarungan sengit, Jordan Boy-Kabilan antara bakal bertempur


  • Podium
  • Ahad, 24 Ogos 2025

Ahmad Sabri (tiga dari kanan) ketika sidang media UXR Showdown di Publika, Kuala Lumpur pada Sabtu.

PEMINAT sukan tempur bakal disajikan pengalaman berbeza apabila UXR Showdown berlangsung di Sukpa, Kuantan, Pahang dengan mengetengahkan konsep karnival selain pertarungan kompetitif.

Acara itu turut menampilkan kolaborasi dengan Pasar Sera, sebuah pasar komuniti popular di Pahang, bagi menarik lebih ramai pengunjung serta mewujudkan suasana mesra keluarga untuk diisi pada hujung minggu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UXR Showdown, Ahmad Sabri Jaafar, acara itu tercetus selepas perbincangan bersama rakannya ketika sambutan Hari Raya Aidiladha 2024. 

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum 'musnahkan' Jordan Boy, A’mmarul Syafiq rupanya tahan sakit cedera

BACA LAGI: [VIDEO] Dipuji lemah lembut, A’mmarul Shafiq sangkal stereotaip karakter 'fighter’ mestilah bengis

“Kami tidak mahu acara ini sekadar sama seperti kejohanan combat sports lain.

“Sebaliknya, kami masukkan elemen karnival dengan kerjasama Pasar Sera, salah satu pasar popular di Pahang, serta sebuah pasar kreatif yang kini semakin dikenali di negeri ini,” katanya ketika sidang media UXR Showdown di Publika, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tambah beliau, UXR membawa maksud Ultimate (pengakhiran) dan Rumble (pertumbuhan) yang melambangkan semangat pertarungan sehingga ke tahap K.O. atau T.K.O., sekali gus seiring dengan dunia seni bela diri moden.

Bukan itu sahaja, acara berkenaan juga dijangka mendapat perhatian dari luar negara dengan kehadiran petarung dari Indonesia, Thailand, Kemboja, Lubnan, dan Ghana.

Malah, penganjur turut menyasarkan kehadiran penyokong dari Singapura dan Indonesia bagi menyaksikan lebih sembilan perlawanan kompetitif akan berlangsung.

“Kami sudah merancang hampir setahun dengan fokus penuh kepada sport combat. Buat masa ini, sembilan perlawanan akan dipertandingkan,” katanya lagi.

Menariknya, nama besar seperti Jordan Boy, Izat Zaki dan Kabilan Jelevan bakal menghiasi gelanggang, sekali gus menjanjikan pertarungan sengit untuk para penonton.

UXR Showdown bukan sekadar tentang adrenalin di gelanggang, tetapi juga sukan rakyat yang menggabungkan sukan, hiburan dan budaya setempat pada 29 September depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram