
BEKAS pemain Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dan bintang Dallas Mavericks, Pavel Podkolzin mencuri perhatian apabila membuat penampilan sulung dalam bola sepak profesional bersama Amkal Moscow pada saingan Piala Rusia.
Dengan ketinggian luar biasa 2.26 meter, Podkolzin yang diturunkan sebagai penyerang mencatat sejarah sebagai pemain tertinggi pernah beraksi dalam bola sepak, hanya 18 sentimeter lebih rendah daripada palang gol.
Kelebihan fizikal pemain berusia 40 tahun berkenaan menjadikan cabaran besar buat pertahanan lawan yang perlu mengawal pergerakannya.
BACA LAGI: Pelantikan CEO TFC: Pengaruh saja tak cukup, cabang bola sepak berbeza — Pemerhati
Podkolzin menyifatkan peluang beraksi dalam bola sepak sebagai pengalaman berharga selepas dipujuk menyertai Amkal Moscow oleh presiden kelab, yang pernah menjadi rakan sepasukannya dalam liga bola keranjang.
"Ia peluang besar untuk saya berada dalam sukan ini. Saya sangat bersyukur,” katanya kepada Baja News.
Meet thepro football player ever
Former NBA player Pavel Podkolzin (2.26m/ 7’4’’) has made his official debut for Amkal Moscow in the Russian Cup
IG/TeamRussia pic.twitter.com/vPxeR7bfWJ
— 433 (@433) August 22, 2025
Pada aksi sulungnya, Podkolzin diturunkan sebagai kesebelasan utama pasukan berkenaan dengan dia juga hampir menjaringkan gol namun percubaannya digagalkan ketangkasan penjaga gol lawan.
"Mereka ada penjaga gol yang bagus. Saya akan cuba lagi pada perlawanan seterusnya," ujarnya selepas gagal menterjemahkan percubaannya dalam bentuk gol.
Amkal Moscow akhirnya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas FC Kaluga. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram