[VIDEO] Sebelum 'musnahkan' Jordan Boy, A’mmarul Syafiq rupanya tahan sakit cedera


  • Podium
  • Selasa, 01 Jul 2025

A'mmarul menewaskan Jordan Boy di saingan Byon Combat 5 pada Ahad lepas. — Instagram/Byon Combat5

PETARUNG profesional negara, A’mmarul Syafiq Ubaidillah mencipta sejarah di Jakarta, Indonesia apabila berjaya menewaskan legenda Muay Thai Malaysia iaitu Jordan Boy di pentas Kejohanan Seni Bela Diri, Byon Combat 5 pada Ahad. 

Kemenangan bergaya bukan sahaja menambah kejayaan buat petarung yang dikenali sebagai Kiat Takoon itu, tetapi kehebatannya menewaskan legenda seperti Jordan Boy di pentas antarabangsa merupakan perkara membanggakan.

Bukan hanya kisahnya menewaskan Jordan Boy atau nama sebenarnya Mohammed Mahmoud menarik perhatian, malah A’mmarul rupanya bertarung dalam keadaan dua kecederaan serius.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Rileks jangan nangis', Putra Abdullah buat 'fighter' Indonesia terduduk, telan balik kata-kata sombong

BACA LAGI: [VIDEO] Tewas bermaruah, Jojo Ghazali bangga keberanian Miki di Jepun

Difahamkan sebulan sebelum naik ke gelanggang, atlet berusia 24 tahun itu patah jari tangan kanan hanya sebulan sebelum naik ke gelanggang. Tidak cukup satu kecederaan, A’mmarul juga diuji apabila dua jari kedua-dua kakinya patah.

“Latihan dengan keadaan cedera adalah sesuatu yang tidak mudah. Saya patah pada jari manis, ia membataskan pergerakan A’mmarul. Apa pun vibrasi dari segala pergerakan sama ada berjalan ia menyakitkan A’mmarul. Jadi kebanyakan aktiviti seharian A’mmarul terbatas.

“Sebelum fight, ayah saya yang juga jurulatih saya, kami duduk bersama dengan adik-beradik semua untuk berbincang rancangan baharu bagi menyesuaikan keadaan A’mmarul. Ia tidak mudah kerana benda-benda yang biasa A’mmarul buat itu kami perlu ubah.

“Amarul mula gunakan tangan kanan A’mmarul sekitar seminggu hingga dua minggu sebelum A’mmarul nak terbang ke Jakarta jadi sebelum itu A’mmarul hanya fokus pada latihan berat. Saya cuma boleh shadow fight secara perlahan, macam watak Sloth dalam Ice Age,” jelasnya berseloroh ketika ditemui Majoriti di Rockafella Gym And Fitness Centre, Gombak, Selangor. 

 

 

Sebagai seorang petarung gaya orthodox, A’mmarul terpaksa menukar strategi kepada gaya southpaw apabila tangan kanannya cedera, namun apabila kaki kirinya pula patah, perancangan terpaksa diubah sekali lagi.

Lebih mengagumkan apabila mentaliti atlet dari Gombak, Selangor itu ketika berada di dalam gelanggang adalah untuk menang walau apa pun keadaan, meskipun tangan kanannya masih belum pulih sepenuhnya.

“A’mmarul janji dengan diri apa pun yang berlaku di sana A’mmarul harus menang terlalu banyak pengorbanan keluarga dan pasukan untuk saya. Tidak boleh nak buat benda ini macam hangat-hangat tahi ayam. Sebelum terbang A’mmarul ada mengalami jari kaki Amarul patah. Jadi, double patah.

“Semasa fight itu, A’mmarul pastikan setiap tembakan dapat point. Kalau terlepas akan menyebabkan kecederaan, jadi A’mmarul fokus. Alhamdulillah ALLAH bagi rezeki menang malam itu,” kongsinya.

A’mmarul selepas membuat pemeriksaan kecederaan pada jarinya sebulan lepas.

Sepanjang tiga pusingan pertarungan yang masing-masing berdurasi tiga minit, A’mmarul tidak pernah berasa terlalu sakit sehingga tidak mampu meneruskan pertarungan. Malah, selepas tamat pertarungan sekalipun, Ammarul berasa sihat dan segar seperti biasa.

Kecekalan dan semangat juang A’mmarul semuanya demi keluarga dengan dia sentiasa meletakkan keluarganya sebagai keutamaan. Segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan adalah semata-mata untuk mereka.

Kini, setelah menewaskan idolanya pada Byon 5, A’mmarul bersedia untuk mendaki puncak yang lebih tinggi dalam Byon Combat 6 menentang petarung berpengalaman, Serial Effendy.

The life of a fighter serupa macam kita mendaki gunung. So for this victory is actually just a mountain that I've climbed dan lepas ini, A’mmarul jumpa lagi puncak gunung yang lebih tinggi.

“Di mana yang Amarul akan climb level, jadi inshaaALLAH saya akan buat yang terbaik untuk menentang abang Effendy,” kongsinya yang dijadualkan akan menentang petarung Indonesia itu pada November ini.

Untuk rekod, A’mmarul sudah meraih beberapa gelaran kejayaan sehingga peringkat antarabangsa seperti juara dunia IFMA Grand Slam (2022), lima kali juara kebangsaan muay thai dan dua kali juara Kickboxing kebangsaan serta beberapa lagi kemenangan dalam pelbagai kejohahan yang disertai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram