Siri kelayakan WCGC Malaysia 2025 labuh tirai, 20 pasukan bakal berentap wakili negara ke China


  • Politics
  • Ahad, 24 Ogos 2025

Seramai 120 pemain berentap pada pusingan kelayakan terakhir di Templer Park Country Club.

SIRI kelayakan Kejohanan Cabaran Golf Dunia Korporat (WCGC) Malaysia 2025 akhirnya melabuhkan tirai selepas pusingan terakhir berlangsung di Templer Park Country Club pada 21 Ogos lalu.

Seramai 120 pemain golf korporat berentap dalam suasana penuh mencabar sambil meluaskan rangkaian hubungan perniagaan selain memburu tempat untuk layak ke pusingan akhir pada September nanti.

Perebutan lima slot sebelum pusingan akhir di Kota Permai Golf & Country Clubmenyaksikan aksi sengit sesama para pemain untuk mengumpul mata sebaik mungkin menerusi format Stableford maksimum 42 mata hasil campuran mata antara gandingan pemain.

BACA LAGI: WCGC Malaysia makin sengit, 124 bakat golf korporat buru slot wakil negara ke China

BACA LAGI: Raih tempat ke-3 edisi terakhir, Malaysia sasar jadi juara WCGC semula selepas 2 dekad

Sesi pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah menjadi riuh dengan tempukan gemuruh apabila gandingan Anushka Gayan ( handicap 2) and Lee Robert (8) dari syarikat Leonan Malaysia diumum sebagai pemenang.

Untuk rekod, gandingan Anuskha dan Lee merupakan pemenang tempat ketiga selepas mewakil Malaysia dalam WCGC Akhir Dunia di China pada tahun lalu.

Tempat kedua menjadi milik Khairul Sarbany (5) dan Ridzuan Ja’afar (8) dari Kaizen Sdn Bhd manakala wakil firma Sinar KMH, Shuhairi Abd Aziz (10) dan Mohd Haeriman Nassim (7) pula menduduki tempat ketiga.

Afzaruddin (15) dan Noradyman Md Sulaiman (6) dari Les Copaque Production meraih tempat keempat.

Saingan tempat kelima amat sengit selepas kedua-dua gandingan terikat mata tetapi berdasarkan kiraan belakang (on count back), Dipankar Mitra (7) dan Abhishek Singh (15) dari Simbiotik Technologies Sdn Bhd mengenepikan cabaran Mohd Shahir Shaarani (15) dan Mohd Munir Mohd Noor (18) dari Megahtech Venture.

Barisan pemenang pusingan keempat siri kelayakan WCGC Malaysia 2025 di Templer Park Country Club.

Dengan berakhirnya pusingan kelayakan keempat itu, 20 pasukan akan mara ke pusingan akhir di Kota Permai Golf & Country Club pada 25 September depan dan pasukan yang menang akan mewakili Malaysia di WCGC Akhir Dunia 2025 yang akan berlangsung di Dongzhuang Beach Golf Club di Shanghai, China, bermula 19 hingga 23 Oktober depan.

Dengan pengiktirafan Persatuan Golf Malaysia (MGA), WCGC Malaysia berada dalam kelas tersendiri apabila menarik banyak tajaan besar seperti ENOTECH sebagai penaja kejuaraan selain Konsortium Jaringan Selangor, Spectrum Outdoor, Simple Advantage, World Klang Group, KUSEL, Avisena Healthcare, Les Copaque Production Sdn Bhd dan Cuckoo Malaysia..

Turut memainkan peranan penting dalam penajaan adalah PlusMax Group of Companies, Ancom Nylex Berhad, CelcomDigi, Skechers Golf, Avant Aegis, BMW Millenium Welt KT, Iroas Timepiece, Fella Design & Bridgestone Golf.

Antara penaja lain adalah Prestige Golf, Fraser & Neave Holdings, True Hydration, YAR Auto Garage, Ascend SP (M) Sdn Bhd, Horizon L&L Sdn Bhd, NTT Data Payment Services, Zus Coffee, MyDriver, The Chiro Hub, Jakes Charbroil, Le Botanical, Ninety Go, Slingshot, Throatsil, Acti Tape, Biscochiz, Hospitality 360, Adsmunch, GreyCube, Selgate, Mike Golf & Event Transpro. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram