
PUSINGAN kedua Kejohanan Cabaran Golf Dunia Korporat (WCGC) Malaysia anjuran ENOTECH semakin hangat apabila 124 pemain golf amatur berentap di Tropicana Golf & Country Club in Petaling Jaya pada Selasa.
Selepas pusingan pembukaan pada bulan lepas di Seri Selangor Golf Club, saingan kali ini menyaksikan format Two Ball Best Ball Stableford dipertandingkan bagi mencari lima pasukan terbaik untuk pusingan akhir di Kota Permai Golf & Country Club.
Saingan di Tropicana menyaksikan Tay Cher Haw (handicap 9) dan gandingannya, Liew Vin Sern (18) dari syarikat Seng Haw Timber Sdn Bhd merangkul gelaran juara pusingan kedua apabila meraih 49 mata.
BACA LAGI: 'Ubi warisan' terus kekal di Eropah, cerahkan potensi selit ke skuad Harimau Muda
Tempat kedua menjadi milik gandingan Mohd Azmi Mahmud (6) dan Azhar Husain (13) dengan 46 mata, mewakili syarikat MG Synergy.
Dua wakil Widad Skycore (M) Sdn Bhd, Isyraf Widad Datuk Muhammad Ikmal Opat (2) and Mohd Adib Ibrahim (8) pula menduduki tempat ketiga dengan 45 mata berdasarkan kiraan countback selepas terikat dengan gandingan Muhammad Feyyaz (9) dan Amirul Adli Senu (5) dari Feyyaz Sports Group.
Gandingan terakhir yang mara ke pusingan akhir peringkat kebangsaan pula dimiliki Muhammad Firdaus Said (5) and Mohd Azwan (17) dari Sinar Jernih Sdn Bhd, yang juga mendapat 45 mata.
Selepas berakhirnya sesi di Tropicana, WCGC Malaysia akan memasuki pusingan ketiga di Glenmarie Golf & Country Club pada 22 Julai.
Kejohanan ini menyaksikan empat pusingan diadakan di Selangor termasuk di Tropicana yang terkenal sebagai salah satu lapangan golf terbaik di Malaysia dan popular sebagai lokasi jalinan korporat diadakan.
Barisan pemenang pusingan ketiga WCGC Malaysia di Tropicana Golf & Country Club.
Pusingan keempat atau pusingan akhir akan berlangsung di Kota Permai dan pasukan pemenang akan mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia WCGC yang diadakan di PGA Anying Golf Club di Shanghai, China bermula 19 hingga 23 Oktober.
Dengan pengiktiran daripada Persatuan Golf Malaysia (MGA), WCGC Malaysia berada dalam kelas tersendiri apabila menarik banyak tajaan besar seperti Konsortium Jaringan Selangor, Spectrum Outdoor, Simple Advantage, World Klang Group, KUSEL, Avisena Healthcare, Les Copaque Production Sdn Bhd dan Cuckoo Malaysia.
Selain itu, terdapat juga tajaan Prestige Golf, Fraser & Neave Holdings, Ascend SP (M) Sdn Bhd, Horizon L&L Sdn Bhd, NTT Data Payment Services, Zus Coffee, MyDriver, The Chiro Hub, Jakes Charbroil, Le Botanical, Ninety Go, Slingshot, Throatsil, Acti Tape, Biscochiz, Hospitality 360, Adsmunch, GreyCube, Selgate, Mike Golf dan Event Transpro.
Antara penaja lain yang memainkan peranan penting bagi menjayakan kejohanan ini termasuk PlusMax Group of Companies, CelcomDigi, Ancom Nylex Berhad, Skechers GoGolf and Avant Aegis, with BMW Millenium Welt KT, Iroas Timepiece, Fella Design dan Bridgestone Golf.
Selain MGA, sokongan juga turut diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Pelancongan Malaysia, Pelancongan Selangor, Menteri Besar Incorporated (MBI), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram