
NASIB wakil Malaysia di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Selangor FC diketahui pada Jumaat apabila undian peringkat kumpulan bersama-sama 15 kelab lain dilakukan.
Musim lalu, Selangor hampa apabila sekadar bermain di peringkat kumpulan walaupun pada satu ketika berpeluang untuk ke pusingan kalah mati, kali ini mereka harus membaiki rekod tersebut.
Namun, siapa yang Selangor akan jumpa? Majoriti mendapatkan ramalan daripada ChatGPT dan inilah hasilnya.
BACA LAGI: 'Bangun, bangun!', nyaris dimalukan Jang Hobin, Xisco Munoz gesa pertahanan JDT jangan terlena
BACA LAGI: 'Sama tapi bukan dia', 3 bintang Liga Super kongsi identiti figura terkenal Malaysia
Pergi Korea lagi
Diletakkan dalam Balang 2, sudah pasti Selangor perlu berdepan dengan kelab daripada salah satu kuasa besar Asia di peringkat kumpulan.
Dan itu memungkinkan Selangor untuk bertemu wakil dari Korea Selatan, sama seperti musim lalu apabila mereka diundi oleh Jeonbuk Hyundai Motors.
Pohang Steelers mempunyai legasi cukup besar di peringkat Asia.
Namun pada musim ini, ramalan ChatGPT mendapati Selangor dijangka akan berdepan satu lagi kelab Korea Selatan iaitu Pohang Steelers.
Pohang Steelers merupakan nama besar dalam bola sepak Asia dengan mereka sudah menjadi juara sebanyak lima kali dan itu pastinya menjadi cabaran buat Selangor jika ditakdirkan bertemu.
Singgah juga ke Thailand
Jika semasa pra-musim mereka ke Thailand, Selangor dijangka akan melakukan perkara serupa di kejohanan Asia.
Hal ini kerana, ramalan ChatGPT mendapati Selangor akan berdepan dengan wakil Thailand iaitu Ratchaburi yang bersama-sama Bangkok United dan BG Pathum dalam ACL2.
Ratchaburi mempunyai ramai pemain berkualiti untuk menghadirkan bahaya kepada Selangor.
Ractchaburi dikuatkan dengan beberapa pemain handalan seperti Ikhsan Fandi, Ottman Dadoune serta Faiq Bolkiah pastinya akan memberikan cabaran sengit buat Selangor di peringkat Asia sekiranya bertemu.
Seandainya berlaku, Selangor akan mengulangi rekod musim lalu bertemu wakil Thailand dengan mereka berdepan Muangthong United.
Nusantara bakal meletus!
Kalau ditakdirkan bertemu, pastinya ia akan membuka jalan kepada letusan bola sepak di bumi Nusantara.
Hal ini kerana, ramalan ChatGPT menjangkakan Selangor berpotensi berdepan wakil Indonesia iaitu Persib Bandung.
Persib Bandung merupakan juara Liga Super Indonesia.
Dengan ditunjangi oleh Bojan Hodak, Kevin Mendoza dan Saddil Ramdani yang cukup faham bola sepak Malaysia, pastinya pertembungan di padang cukup menarik.
Ditambah dengan kedua-dua kelab mempunyai gerakan penyokong yang cukup fanatik, cerita di luar padang pastinya akan menjadi tumpuan ramai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram