
PIHAK polis mengesahkan isteri kepada suspek kes pembunuhan rakan sekerja Biro Pusat Statistik (BPS) Halmahera Timur (Haltim), Maluku Utara, Indonesia tidak mempunyai kaitan dengan jenayah tersebut.
Ketua Polis Maba Selatan, Inspektor Polis Daerah (Ipda) Habiem Ramadya berkata, siasatan terhadap Almira Fajriyanti iaitu isteri suspek (Aditya Hanafi) dilakukan selama 13 jam di Ternate pada 12 Ogos lepas.
Hasil pemeriksaan mendapati wanita berkenaan, yang juga kakitangan BPS Haltim itu tidak mengetahui rancangan suaminya untuk ke Kota Maba dan menyelinap masuk ke rumah kuarters mangsa iaitu Tiwi, 30.
BACA LAGI: [VIDEO] Sampai bertembung kapal sesama sendiri, China usir bot Filipina di Terumbu Scarborough
"Saksi memaklumkan, suaminya hanya memberitahu mahu pergi beberapa hari untuk menghilangkan tekanan sebelum berkahwin. Berdasarkan maklumat itu, dia tidak tahu langsung tujuan sebenar ke Maba," kata memetik laporan Tirto.
Mangsa tinggal di kediaman rasmi BPS di Kota Maba bersama Almira namun tidak sebilik, namun ketika kejadian tragik tersebut berlaku, wanita itu berada di Ternate kerana cuti perkahwinan.
Menurut Habiem, pada mulanya Almira bimbang Aditya membatalkan perkahwinan kerana tidak memberi khabar tentang keberadaannya.
Malah, pada 16 Julai lalu lepas, wanita itu cuba mengesan keberadaan tunangnya termasuk menghubungi rakan sekerja di BPS.
Video resepsi pernikahan Hanafi, pegawai BPS Haltim yang membunuh teman sekerja, Tiwi. Hanafi menikah 8 hari setelah membunuh Tiwi pada 19/7. Selain membunuh, Hanafi juga memaksa korban melakukan oral seks, membobol HP korban untuk mengajukan pinjaman senilai total 89 juta. pic.twitter.com/MHgBqaFLKI
— Creepylogy (@creepylogy_) August 10, 2025
Menurut polis, suspek yang memiliki kunci pendua kediaman itu dipercayai menyelinap masuk pada 16 Julai dan bersembunyi di bilik Almira sehingga 18 Julai sebelum menyerang mangsa keesokan paginya.
“Dia menutup mulut mangsa, mengikat tangan dan melakukan serangan seksual. Suspek memaksa mangsa menyerahkan nombor PIN akaun bank sebelum membunuhnya dengan menggunakan bantal hingga mangsa lemas dan meninggal dunia,” kata Habiem.
Suspek kemudian mengeluarkan wang sebanyak 39 juta rupiah (RM11,255) dari akaun mangsa dan memohon pinjaman atas nama mangsa bernilai 50 juta rupiah (RM14,480).
"Berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang diperoleh, setakat ini tiada penglibatan isterinya," tegas Habiem.
Selepas membunuh mangsa, suspek meninggalkan mayat di lokasi kejadian sebelum berangkat ke Ternate bagi melangsungkan majlis perkahwinannya pada 27 Julai lepas.
Suspek kini sudah ditahan pihak polis. — Agensi
Berhubung wang yang diambil daripada mangsa, polis mengesahkan ia tidak digunakan untuk kos perkahwinan.
“Menurut keterangan suspek, wang itu digunakan untuk membayar hutang akibat judi dalam talian. Hanya sebahagian kecil digunakan membeli tiket penerbangan ibu bapanya dari Jakarta ke Ternate bagi menghadiri majlis perkahwinan,” jelas Habiem.
Beliau menambah, kos mahar dan perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa Almira dan suspek tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram