Kalau ada salah, saya akan jelaskan dan minta maaf kepada Pagoh — PM Anwar


  • Massa
  • Khamis, 14 Ogos 2025

Anwar (kiri) sedia meminta maaf kepada Muhyiddin (kanan) selepas menyemak kenyataannya bersama MCMC.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk meminta maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya berlaku kesilapan dalam kenyataan mengenai bekas Perdana Menteri tersebut mempertahankan warga asing mengenai penyasaran subsidi RON95.

Bercakap pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Khamis, Anwar sedia berbuat demikian selepas menyemak kenyataan tersebut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

 Anwar juga mengatakan yang ahli-ahli parlimen blok pembangkang juga memfitnahnya namun tidak sekali pun meminta maaf.

BACA LAGI: Lebih 30 tahun dahulu, Anwar Ibrahim pernah arah sekolah ditutup, tukar pengetua terpalit kes buli

BACA LAGI: Panggilan telefon, baju batik PM Anwar bayangi kisah tarif 19 peratus AS

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, semasa majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ai Malaysia 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. 12 Ogos 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the

Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Saya tidak ada masalah. Kerana kalau dipastikan tidak ada sumber yang sahih, itu satu kesilapan. Saya tiada masalah.

"Ada yang salah faham kata MCMC siasat Pagoh. Tidak. Saya nak jelaskan. Saya kata sumber ini dari satu, dua, tiga. Tolong siasat satu, dua, tiga ini, apakah sahih.

"Kalau tidak sahih, maka memang kenyataan itu tidak benar. Tapi biar tunggu keputusan MCMC dulu," ujar Anwar menjawab pertanyaan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu).

Anwar berkata, beliau mempunyai tiga sumber mengenai dakwaan terhadap Muhyiddn itu dan sedang menanti keputusan semakan daripada MCMC.

"Cuma pengesahan. Kerana saya ada tiga sumber. Yang disahkan tidak benar, satu sumber. Kalau betul dua sumber tidak. Saya tidak ada masalah. Memang, kalau kesilapan, sesiapa sahaja, berdasarkan sumber yang digunakan itu, kalau disahkan oleh MCMC, saya akan jelaskan dan minta maaf kepada Pagoh.

"Tapi tunggulah dulu. Itu yang saya sebut. Tak ada masalah. Tetapi saya belum pernah dengar ketua pembangkang dan rakan-rakan sana yang memfitnah hari-hari, minta maaf sepatah pun, tak ada pula nak sebut minta maaf. Guna hadis pula pertahan. Guna pula Al-Quran dan Sunnah," ujar Anwar. — The Star/RAHIMY RAHIM/ALLISON LAI/BENJAMIN LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram