[VIDEO] Meninggal dunia semasa pimpin bacaan tahlil di Indonesia pada 2022, Ustazah Taslimah seorang pendiam, cukup sopan semasa hayatnya


  • Benua
  • Khamis, 14 Ogos 2025

Detik ketika Ustazah Taslimah meninggal dunia semasa memimpin bacaan tahlil.

INDONESIA merupakan sebuah negara yang mempunyai populasi umat Islam teramai di dunia dengan anggaran sekitar 230 juta orang.

Oleh itu, tidak hairan sekiranya mereka mempunyai ramai asatizah yang dikenali ramai baik di negara mereka, atau rantau Asia Tenggara.

Salah satu daripada nama yang pernah menggegarkan dunia adalah individu dikenali sebagai Ustazah Taslimah.

BACA LAGI: [VIDEO] Cermin bergetar hingga pecah, ulama Indonesia keluar fatwa 'sound horeg' boleh jatuh hukum haram jika bawa mudarat

BACA LAGI: Netanyahu lulus strategi perang kuasai Gaza sepenuhnya

Nama Ustazah Taslimah itu pernah terkenal pada 2022 apabila dia meninggal dunia semasa memimpin bacaan tahlil dan khatam Al-Quran dalam sebuah majlis di Masjid As Syafiiyah, Jalan Al Barkah, Tebet, Jakarta Selatan, Indonesia.

Video kejadian itu tular semula di media sosial sejak Khamis apabila Taslimah, yang merupakan pengajar bagi kaum ibu di masjid tersebut tiba-tiba rebah semasa memimpin bacaan Surah al-Baqarah, ayat 5-6.

Dia yang sedang duduk ketika itu, berubah suaranya apabila bacaannya semakin lemah ketika ayat keenam sebelum tiba-tiba rebah.

Taslimah kemudiannya disahkan oleh pihak masjid meninggal dunia pada 7.30 pagi.

Ketika hayatnya, Taslimah merupakan seorang yang dianggap sebagai pendiam dan juga sopan apabila bersama orang sekeliling.

Dia juga sering ditugaskan untuk memimpin bacaan doa dan sesi mengaji bagi kaum wanita di masjid tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram