'Bangun, bangun!', nyaris dimalukan Jang Hobin, Xisco Munoz gesa pertahanan JDT jangan terlena


  • Podium
  • Khamis, 14 Ogos 2025

Xisco Munoz (tengah) mahu pertahanannya lebih fokus ketika beraksi.

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz menggesa anak-anak buahnya terutamanya di bahagian pertahanan untuk tidak lagi terlena semasa perlawanan.

Ingatan itu hadir selepas JDT memboloskan tiga gol semasa menentang Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super pada Selasa.

Walaupun menang 5-3, namun JDT dikejutkan apabila mereka ketinggalan 0-2 di laman sendiri.

BACA LAGI: 'Masa tak lama', JDT akan bermasalah tempuh ACLE jika taktikal Xisco Munoz belum sempurna

BACA LAGI: Cemerlang kawal tengah jumpa JDT, Selangor didesak ambil semula jeneral import dipinjam NSFC

JDT melepaskan tiga gol ketika bertemu Negeri Sembilan.

"Kami terleka sedikit pada awal-awal permainan dan memberikan mereka ruang untuk menjaringkan gol daripada situasi transisi.

"Kami perlu lebih konsisten, lebih kuat di dua-dua bahagian (serangan dan bertahan), dan mengutamakan untuk tidak bolos.

"Kita masih lagi di bahagian awal liga, jadi kami perlu belajar mengenai pelbagai situasi yang kami akan berada, baik di tempat sendiri atau tempat lawan, dan semasa awal permainan, kami perlu lebih agresif," ujar Munoz.

Walaupun berjaya menang dua perlawanan pertama, penyokong JDT dilihat kurang menggemari persembahan Harimau Selatan di bawah kendalian Munoz.

Dengan mereka akan beraksi dalam saingan elit Asia tidak lama lagi, Munoz perlu pantas membaiki segala kekurangan sebelum tekanan akan lebih memuncak dalam kalangan penyokong terhadapnya. — The Star/S. SAKTESH

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram