Cemerlang kawal tengah jumpa JDT, Selangor didesak ambil semula jeneral import dipinjam NSFC


  • Podium
  • Rabu, 13 Ogos 2025

Alex Agyarkwa (kanan) mengawal bahagian tengah NS dengan baik semasa bertemu JDT.

NEGERI Sembilan FC (NS) mencuri tumpuan ramai penyokong bola sepak tempatan apabila memberi cabaran sengit kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super pada Selasa.

Pada satu ketika, NS mendahului JDT 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebelum mereka tumbang 3-4 pada penghujung perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, terdapat satu pemain yang mencuri tumpuan iaitu Alex Agyarkwa.

BACA LAGI: Tak guna semua ‘ubi’ muda, Selangor letak 2 tonggak senior harung Liga A1

BACA LAGI: 'Impak segera', Safawi dan bintang Kuching City-JDT terus menggegar bersama bos baharu

Aliff Haiqal antara pemain yang mengawal bahagian tengah Selangor ketika bertemu DPMM.

Walaupun tidak menjaringkan gol, Agyarkwa mencuri tumpuan apabila dia melakukan bantuan gol kedua NS yang disudahkan oleh Jovan Motika pada minit ke-12.

Dia kemudiannya bermain dengan cukup baik, mengawal tempo di bahagian tengah untuk memastikan NS terus dalam perlawanan.

Persembahan Agyarkwa itu membuatkan penyokong kelab majikannya, Selangor FC merindui kelibat pemain tersebut buat mereka.

Di saat Selangor berjaya menang 3-0 bertemu DPMM FC pada Selasa, terdapat kelompongan dari segi kualiti permainan ditampilkan Gergasi Merah terutamanya bahagian tengah.

Gandingan Aliff Haiqal bersama Nooa Laine dilihat tidak cukup kuat dalam mengharungi pertarungan di bahagian tengah dan kerana itu, penyokong Selangor mahu Agyarkwa kembali.

Hal ini disebabkan pemain tersebut mampu mengawal tempo permainan dan mampu menstabilkan bahagian tengah sambil membenarkan rakan sepasukan lain menyerang.

"Ambil baliklah Agyarkwa itu, biar Aliff Haiqal tu yang dipinjamkan ke NS. Baru bahagian tengah berfungsi," kata penyokong bernama Irfan Izzat.

"Agyarkwa tu dari dulu padu kau pergi pinjamkan," komen Nabil Iman pula.

"Kan dah kata, bahagian tengah Selangor ni yang bermasalah. Tengok Agyarkwa jaga bahagian tengah NS, walaupun kalah tapi kalah berlawan," ujar Amir Haikal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram