
PEMAIN import dari Malawi, Limbikani Oscar Mzava dilaporkan bakal ditamatkan kontrak oleh Penang FC sebelum sempat membuat penampilan rasmi dalam saingan Liga Super bagi musim 2025/2026.
Difahamkan, keputusan drastik itu berpunca daripada kegagalan pemain berusia 32 tahun tersebut untuk memenuhi kriteria dan standard yang diperlukan di bahagian pertahanan pasukan.
Mzava, yang dibawa masuk bagi memperkukuh benteng pertahanan skuad Harimau Kumbang, hanya sempat beraksi beberapa minit dalam aksi persahabatan pramusim menentang PDRM FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Julai lalu.
BACA LAGI: Janggal tapi bukan halangan, 3 stadium keramat dikongsi kelab divisyen berbeza
BACA LAGI: [VIDEO] Hati-hati Sabah, KL City pertaruh trio 'buangan' termasuk Safawi-Hidalgo buru 3 mata penuh
Import dari Malawi, Limbikani Oscar Mzava dikatakan tidak memenuhi kriteria dan standard yang diperlukan di bahagian pertahanan pasukan. — Facebook/Penangfc
Berita kurang gembira itu dikongsikan oleh Karya Orang Kitahhh di laman Facebook yang mendedahkan mengenai masa depan pertahanan berketinggian 1.90 meter itu.
"Kontrak ditamatkan? Beberapa khabar angin mengatakan pemain import dari Malawi, Limbikani Oscar Mzava telah ditamatkan kontraknya sebelum sempat beraksi bersama Penang FC dalam saingan Liga Super.
"Limbikani dikatakan tidak memenuhi kriteria pemain import yang diperlukan di posisi pertahanan.
"Pemain ini hanya sempat beraksi beberapa minit ketika perlawanan persahabatan pramusim lwn PDRM di Stadium Bandaraya bulan lalu. Sudah 2025 takan kita masih terpedaya dengan ejen yg membawa pemain import'scam'?," katanya.
Setakat ini, Penang FC masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status Mzava, namun spekulasi semakin hangat diperkatakan dalam kalangan penyokong Harimau Kumbang.
Situasi tersebut mencetus persoalan mengenai keberkesanan proses pemilihan pemain import, dengan sesetengah peminat menyifatkan ia sebagai kes 'scam' import yang gagal memberikan impak sebenar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram