Sudah 'follow' Man United, isyarat jelas bidaan RM410 juta dipersetujui Benjamin Sesko-Leipzig


  • Podium
  • Rabu, 06 Ogos 2025

Sesko dikesan sudah mengikuti Instagram Manchester United. — Instagram/BenjaminSesko

PENYOKONG Manchester United terus diberikan harapan apabila Benjamin Sesko memberi perkembangan terbaharu mengenai perpindahannya ke Old Trafford menjelang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyerang yang kini beraksi di Jerman untuk RB Leipzig itu dikesan sudah mengikuti Instagram rasmi skuad The Red Devils, sekali gus menguatkan desas-desusnya ke kelab berkenaan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menjengah tinjauan Majoriti di platform Instagram, pemain berusia 22 tahun itu benar sudah mengikuti Instagram The Red Devils dengan ia juga secara tidak langsung menggembirakan penyokong Man United yang sudah lama menunggu ia jadi kenyataan.

BACA LAGI: Gyokeres boleh cemerlang di Arsenal jika ikut DNA ikon Sweden di EPL

BACA LAGI: Sebelum ke Liga Super, rekrut Terengganu-JDT-Selangor pernah jadi rakan sepasukan bintang EPL

Penyerang sensasi Slovenia berkenan terus mencuri tumpuan selepas musim cemerlang bersama RB Leipzig dengan 21 gol, termasuk empat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2024/25.

Prestasi itu menarik minat beberapa kelab besar England, termasuk Newcastle United yang pernah mengemukakan bidaan £65 juta (RM366.3 juta), namun ditolak oleh Leipzig yang meletakkan tanda harga tinggi.

Manchester United kini muncul sebagai pencabar utama apabila menghantar tawaran bernilai sama, tetapi dengan tambahan insentif yang boleh melonjakkan jumlah keseluruhan kepada £73 juta (RM410 juta).

Sekiranya Sesko menyertai Man United, dia akan bersama Mbeumo (kiri) dan Cunha bagi memperkuatkan jentera serangan. — Agensi

Difahamkan, Sesko lebih cenderung menyertai The Red Devils meskipun mereka tidak beraksi di pentas Eropah musim depan.

Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak pada RB Leipzig dengan United kini menunggu maklum balas rasmi daripada majikan Sesko berkenaan.

Sekiranya ditolak, kelab itu dijangka mengalihkan fokus kepada pilihan lain seperti Ollie Watkins dari Aston Villa merupakan salah satu nama yang pernah dikaitkan sebelum ini.

United sebelum ini turut berminat mendapatkan penyerang Sweden, Viktor Gyokeres namun pemain itu memilih untuk berhijrah ke Arsenal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram