
PERTARUNGAN antara Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, menentang petarung berpengalaman Amerika-Colombia, Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 kekal berlangsung pada Sabtu selepas drama 'ujian hidrasi' dari lawannya itu.
Drama tercetus apabila Paez gagal melepasi timbangan dan ujian hidrasi dan dia diminta untuk menyerahkan sampel hidrasi yang lulus sebelum boleh berunding untuk pertarungan catchweight menentang Johan Ghazali.
Perkara berkenaan menyebabkan penggemar sukan muay thai itu mula khuatir jika atlet dari Kuching, Sarawak berkenaan akan terlepas perlawanan itu. Namun, Johan Ghazali tampil berkongsi berita gembira.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Mari tumbuk aku', Johan Ghazali cabar lelaki pukul wanita di Senawang
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalau tak emas memang malu', Johan Ghazali warning adik buru pingat SUKMA 2024
"Saya dengar lawan saya gagal timbang berat, tapi tidak apa. Saya pernah berada di situasi itu, saya tahu bagaimana rasanya.
"Tapi pada masa yang sama saya tahu ramai antara anda risau saya tak akan bertarung. Jangan risau, perlawanan masih berlangsung. Bersiaplah," katanya.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh petarung berusia 18 tahun berkenaan di laman TikTok One Championship dengan ia disambut baik oleh penyokong yang tidak sabar menyaksikan pertembungan Johan Ghazali menentang Paez.
Difahamkan, Paez, 31, bakal terlepas bonus sekiranya memenangi perlawanan di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu susulan tidak melepasi peringkat 'ujian hidrasi' selepas melakukan dua percubaan walaupun lulus dalam timbangan berat badan.
Dalam pada itu, meskipun baru berusia 18 tahun, Johan Ghazali tidak menjadikan jurang usia 13 tahun sebagai alasan untuk tidak memberikan saingan kepada lawan. Malah, Johan yakin dengan persiapan rapi yang telah dijalani sepanjang kem latihan di Bangkok.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada kecederaan, tiada masalah kesihatan. Saya bersedia 100 peratus untuk memberi yang terbaik buat Malaysia,” kata Johan yang kini mencatat enam kemenangan daripada lapan perlawanan dalam ONE Championship, termasuk lima menerusi TKO.
Johan Ghazali jelas bertekad untuk mencatat satu lagi kemenangan knock out (KO) menjelang perlawanan menentang Paez dalam acara One Championship: ONE Fight Night 32 berkenaan dengan dia berpeluang membawa balik bonus USD50,000 (RM211,500). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram