
PETARUNG berpengalaman Amerika-Colombia, Diego Paez meluahkan rasa hormat dan kekaguman terhadap bintang muda tanah air iaitu Muhammad Johan Ghazali Zulfikar selepas pertemuan sengit mereka dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu.
Dalam satu temu bual sejurus tamat perlawanan, Paez memuji semangat juang dan potensi besar yang dimiliki Johan Ghazali atau mesra dengan sapaan Jojo itu meskipun atlet muda berkenaan tewas dalam pertarungan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] 'The fight still on', Jojo Ghazali kekal bertarung lepas jaguh Amerika 'berdrama'
"Dia merupakan pesaing yang sangat bagus dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini. Johan adalah seorang petarung berbakat dan dikelilingi oleh pasukan yang hebat. Dia seorang petarung yang bagus dan mempunyai pasukan yang bagus disekelilingnya.
"Meskipun Johan tewas, saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya dan semoga dia bangkit semula daripada kekalahan ini," memetik laporan daripada Bangkok Post.
Walaupun kemenangan berpihak kepadanya, petarung itu tidak lupa menitipkan kata-kata semangat dan nasihat buat Johan, yang mesra disapa Johan bagi memperbaiki lagi prestasinya dalam dunia seni mempertahankan diri.
“Untuk perlawanan ini, mungkin Johan sedikit memandang rendah kepada saya. Saya rasakan dia berlawan dengan sedikit ego dan terlalu yakin.
"Sebab itu, saya selalu tekankan kepada mana-mana pesaing agar memberi sepenuh fokus kepada apa yang sedang berlaku di dalam gelanggang, bukan kepada apa yang mereka jangkakan akan berlaku,” tambahnya lagi.
Paez yang sebelum ini gagal melepasi ujian hidrasi dan timbangan memperoleh kemenangan 2-1 berdasarkan keputusan 'split decision' dari juri selepas pertarungan tiga pusingan penuh dalam kategori flyweight.
Kemenangan tersebut merupakan kejayaan pertama buat Paez dalam pentas ONE Championship selepas sebelum ini tewas kepada Sean Climaco dari Amerika Syarikat pada ONE Fight Night 28, Februari lalu.
Manakala, kekalahan berkenaan merupakan kekalahan ketiga buat Johan Ghazali atau mera dengan sapaan Jojo dalam karier profesionalnya dan jelas memberikan tamparan emosi yang berat buat atlet muda berusia 18 tahun itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram