Drama derbi Utara buka tirai Liga A1, status liga bawahan dapat sambutan lebih meriah


  • Podium
  • Ahad, 03 Ogos 2025

Sebahagian penyokong tanah air yang hadir memberikan sokongan terhadap perlawanan Liga A1 Semi Pro antara KFA dan Perlis GSA. — Facebook/AFL

SAINGAN Liga A1 Semi Pro 2025 membuka tirainya dengan penuh warna apabila aksi derbi Utara membabitkan Perlis GSA dan Kedah FA (KFA) berlangsung dalam suasana meriah di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada Sabtu.

Perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan itu tetap berjaya mencuri perhatian, bukan sahaja kerana status derbi, malah kehadiran luar biasa penyokong meskipun aksi tidak dibarisi ramai pemain import.

Perlis GSA menampilkan semangat juang tinggi walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-34 selepas pertahanan mereka, Muhammad Nasri Ahmad Thauhid dilayangkan kad merah.

BACA LAGI: Kelab baru naik, bajet kecil bukan cabaran baharu buat YCL

BACA LAGI: [VIDEO] Berat hanya 25 kg, atlet remaja Palestin maut akibat kebuluran di Gaza

KFA yang dibarisi pemain import terpaksa menelan pahit apabila sekadar berkongsi satu mata dalam aksi bertemu Perlis GSA. — Facebook/KFA

Namun, Kedah FA bimbingan Victor Andrag yang dibarisi beberapa pemain import gagal memanfaatkan kelebihan tersebut untuk membawa pulang tiga mata.

Ternyata, meskipun kualiti import tidak menjadi sandaran utama, pertembungan dua pasukan berjiran itu tetap menyajikan aksi sengit dan mencetuskan suasana luar biasa di stadium.

Beberapa penyokong turut meluahkan rasa teruja dengan kemeriahan perlawanan pembukaan itu.

“Aku tak berapa tahu pasal liga ini. Semalam liga apa ramai penonton? Tahun lepas aku tengok tak sampai seribu pun, tapi tahun ini nampak meriah walaupun pemain import tak ramai,” kata Mohd Daud Umar.

"Derbi Utara mampu menarik puluhan ribu peminat di Stadium utama negeri, tahniah Kedah dan Perlis," kata Muhammad.

“Walaupun import tak ramai, kehadiran penyokong memang meriah,” kata Adam Kamil.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram