
SEBUAH video tular di media sosial mencetuskan kekecohan selepas seorang lelaki dipercayai warga asing mendakwa kewujudan sebuah kawasan yang digelar 'Bangladesh Market' di ibu negara.
Dalam rakaman berdurasi 30 saat yang dikongsikan di Facebook itu, individu terbabit merakam beberapa deretan kedai yang kelihatan dipenuhi serta dikunjungi oleh ramai warga asing.
Dia turut menyatakan dengan yakin bahawa kawasan tersebut merupakan pusat perniagaan milik komuniti Bangladesh di Malaysia.
BACA LAGI: [VIDEO] Berat hanya 25 kg, atlet remaja Palestin maut akibat kebuluran di Gaza
BACA LAGI: [VIDEO] 'Rakyat Malaysia sensitif', ramai gesa senarai hitam peniaga runcit guna pekerja warga asing
Klip video itu turut memaparkan aktiviti perniagaan berjalan lancar dengan kehadiran pekerja asing yang dilihat bebas bergerak dan berniaga.
Keadaan itu sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat tempatan yang mula mempersoalkan keberkesanan pemantauan pihak berkuasa.
Tangkap layar menunjukkan pekerja asing bebas berniaga dan bergerak seperti biasa.
"Dengan bangganya dia declare Bangladesh Market, Kuala Lumpur," kata Tan Sri Mohkhtar Al-Bukary Idola Kami.
“Sejak bila Malaysia ada Bangladesh Market? Pihak berkuasa tidur ke?” kata Arham Aman.
“Dengan bangganya dia kata Bangladesh Market di Kuala Lumpur...manalah penguatkuasa? Tangkap bermusim ke?,” kata Kamar Bashah.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau mana-mana pihak berkuasa berkenaan dakwaan yang kini tular itu.
Namun, ramai menggesa agar penguatkuasaan lebih ketat dan konsisten dilaksanakan, bukan hanya selepas sesuatu isu menjadi tular di media sosial.
Walaupun tiada bukti rasmi menunjukkan kawasan itu benar-benar beroperasi sebagai Bangladesh Market, video tersebut sudah cukup mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat berkaitan isu dominasi warga asing dalam sektor perniagaan dan penguatkuasaan undang-undang di pusat bandar.
Pihak berkuasa kini diseru tampil memberikan penjelasan serta mengambil tindakan proaktif bagi memastikan hak peniaga tempatan terpelihara dan undang-undang negara dipatuhi semua pihak tanpa kompromi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram