
BADAN penganjur liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan tambahan kuota tiga pemain tempatan untuk didaftarkan oleh setiap kelab Liga Malaysia (Liga M) 2025-2026.
Menerusi sebuah kenyataan oleh MFL pada Jumaat, seramai tiga orang pemain tempatan dibenarkan untuk didaftarkan bagi menambah jumlah keseluruhan pemain dalam suatu pasukan kepada 33 pemain.
BACA LAGI: Aura Liga Super bantu naikkan saham bintang baharu Selangor-Sabah-TRW
BACA LAGI: Dulu kawan kini lawan, 3 BFF akan berentap sesama sendiri musim baharu Liga M
"Keputusan ini dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas baru-baru ini selepas mempertimbangkan permohonan tambahan kuota pemain tempatan daripada beberapa kelab khususnya daripada Liga AI Semi-Pro yang baharu dinaikkan taraf ke Liga Super musim ini.
"Ini kerana kelab-kelab berkenaan pada musim pertama diberikan pengecualian daripada memiliki pasukan pembangunan (Piala Presiden, Piala Belia, Bawah 17 Tahun dan Bawah 10 Tahun) selain pemansuhan Piala MFL bagi musim 2025-2026.
"Justeru tambahan kuota tiga pemain tempatan ini dapat memberikan tambahan pilihan pemain kepada kelab yang tidak memiliki pasukan pembangunan," kata MFL memetik kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Bagaimanapun, pengelola bola sepak domestik itu menegaskan bahawa kelab-kelab tidak diwajibkan untuk memenuhi tambahan tiga kuota pemain tempatan ini, sebaliknya ia bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan kelab masing-masing.
Dengan penambahan kuota tiga pemain tempatan itu menjadikan komposisi pemain bagi kelab Liga M 2025-2026 adalah 33 pemain keseluruhan pemain yang boleh didaftarkan iaitu 18 pemain tempatan dan 15 pemain asing.
"Bagaimanapun Ahli Lembaga Pengarah MFL turut memutuskan bahawa kelab-kelab tidak diwajibkan untuk memenuhi tambahan tiga kuota pemain tempatan ini sebaliknya ia bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan kelab masing-masing di mana pada musim ini pelaksanaan Financial Fair Play (FFP) dengan menguatkuasakan mekanisme gaji siling ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus," jelasnya.
Kelab-kelab boleh mendaftarkan pemain sehingga tarikh tutup jendela pertama perpindahan pemain pada 31 Ogos 2025 manakala bagi jendela kedua perpindahan pemain akan bermula pada 5 Januari 2026 hingga 1 Februari 2026. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram